Bab 7

Humor Series 38321

Dania mengenakan baju kurung moden berwarna hijau pucuk pisang miliknya. Masih awal lagi untuk pakai pakaian yang dihadiahkan oleh Amelia kepadanya. Nanti belum sempat bersanding dah berbau pula.

Dania mengetuk perlahan pintu bilik Amelia. “Masuk!”

“Pukul berapa make up?” Amelia yang sedang membaca majalah mengangkat mukanya memandang Dania. “Sepuluh. Awalnya kau siap?”

Dania tersengih kelat. “Aku nampak cantik ke?” Amelia angguk. Siap pakai kurung moden rambut sanggul macam nak pergi majlis memanglah cantik.

“Ini belum make up lagi aku dah cantik. Kejap lagi kalau Kak Rose dah make up aku, terus aku cun melecun macam Emma Maembong! Kau mesti kalahlah Mel!” Amelia mencebik. Menyampah betul kalau puji Dania. Memang perasan tahap dewa! Dania ketawa kuat. Tapi Dania memang cantik, cantik macam pelakon Filipina, Kristen Hermosa.

“Aku turun bawah tadi tengok pelamin kau. Cantik. Semalam Azril and the gang buat pelamin baru eh?” Azril ialah wedding planner untuk majlis persandingan pada hari ini.

“Kau dah masuk tidur. Dorang pukul satu pagi tadi baru set up semua tu. Aku pun tak larat tunggu sampai siap. Kalau tunggu jugak, bengkak mata pengantin hari ni tau!” Amelia buat aksi mata kuyu. Tawa Dania meledak kuat. Kelakar betul muka Amelia.

“Aku happy kau akhirnya dah kahwin. Happy sangat-sangat!” Amelia menarik Dania ke dalam pelukannya. Dania rasa sebak. Air mata yang mahu menitis cuba sedaya upaya ditahan daripada gugur ke pipi.

“Aku always di sisi kau. Bila-bila masa kau perlukan aku.” Amelia faham perasaan Dania. Dania rasa kehilangan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience