Dania meraih tangan sahabat karibnya. Diusap lembut tangan Amelia. “Kau rileks je okay. Jangan risau sangat pasal Hakim.
Pandailah dia nak jawab dengan bapak kau kejap lagi. Sejuk betul tangan kau ni, aku takut kau beku pulak karang.” Remote air-cond di atas laci dicapai dan dinaikkan suhunya.
Sebenarnya memang sejuk pun! Ada ke bukak enam belas darjah celcius?.Ei, nak kena betul tau budak Raziah ni. Jangankan Amelia yang beku, kang dengan dia dia sekali beku dalam bilik pengantin ni.
Amelia senyum lebar. Belum sempat buka mulut, Dania cepat-cepat mencelah. “Kau jangan senyum lebar sangat beb, nanti merekah make up kau tu. Kak Rose dah balik dah, aku mana reti nak make up pengantin ni. Kang kalau aku bagi sentuhan aku dekat muka kau, habis cabut lari semua tetamu kau.” Tangan Dania sibuk membetulkan vail yang terletak elok di atas kepala Amelia. Bukan senget pun, saja je nak sentuh vail cantik ni.
“Tak sangka kalau jadi pengantin kena make up tebal-tebal macam opera cina eh. Aku tengok Kate Middleton dengan Putera William kahwin hari tu rileks aje. Entah-entah Kate make up sendiri aje kot. Macam make up aku hari-hari pergi kerja. Cun jugak aku make up kan.” Pot pet potpoet mulut Dania kompelin itu dan ini. Ada sahaja benda yang nak ditegurnya. Majlis kahwin besar-besaranlah, baju banyak sangat labucilah, vail tak matching colorlah, bulu mata palsu tebal sangatlah, shading hidung kurang mancunglah, itulah inilah. Banyak lagilah mak cik sorang ni kompelin.
Share this novel