“Amirul.” Amirul menghulurkan tangannya kepada Dania. Dania telan air liur. Tidak menyambut huluran tangan Amirul sebaliknya hanya menganggukkan kepalanya.
“Dania.” Bibirnya mengukir senyuman. Amirul turut membalas senyuman Dania.
“Tadi awak laparkan? Jom saya temankan awak makan. Kesian pengapit makan tak kenyang di meja pengantin tadi.” Seloroh Amirul. Muka Dania merona kemerahan. Siot punya Amirul.. bikin malu dia depan Amelia dan Hakim aje!
“Jom, Nia. Saya pun lapar jugak ni.” Dania mengekori langkah Amirul.
Nafas ditarik perlahan dan dihembuskan. Suasana angin petang di rumah banglo ini sungguh mendamaikan hatinya.
Dania mengusap perlahan perutnya yang sudah memboyot. Teringat detik pertemuan dia dan Amirul, Dania tersenyum sendirian. Tak sangka perkenalan singkat dengan Amirul lima tahun yang lalu mengubah seluruh kehidupannya. Menjadikan dia seorang wanita yang sempurna kini. Alhamdulillah.
“Termenung apa ni sayang?” Amirul yang baru pulang dari kerja merangkul bahu Dania. Dania menyalami tangan suaminya. Sebuah ciuman dihadiahkan di kedua-dua belah pipi Dania.
Amirul duduk melutut di kaki Dania. “Anak papa apa khabar hari ni? Jangan nakal-nakal dalam perut mama tau.” Kandungan Dania yang sudah mencecah tujuh bulan diusap perlahan.
“Mana Danial?” Amirul memanjangkan lehernya mencari anak sulungnya.
“Ada dalam rumah, mandi dengan nenek dia.”
Dania merenung wajah suaminya. Dia bersyukur kerana dikurniakan suami yang kacak. Walaupun tak kacak macam Lee Min Ho, tapi boleh tahan jugalah kacaknya, macam Adi Putra. Berkulit sedikit gelap, berhidung mancung dan mempunyai sepasang mata hitam yang sangat memukau hatinya.
“Abang kacak sangat ke?”
Dania yang malu tertangkap kerana merenung suaminya tergelak kecil. “Perasan! Danial lagi kacak daripada abang.”
“Anak abang mestilah kacak macam abang.” Amirul mencuit hidung mancung milik Dania.
“Papa!” Laung anak kecil berusia tiga tahun itu. Danial berlari-lari mendapatkan Amirul. Tangan Amirul disalam dan pipi Amirul dicium. Amirul membalas ciuman di pipi si kecil itu.
“Wanginya anak papa.” Amirul mengangkat Danial duduk di ribanya.
“Thank you for choosing me. Thank you for loving me. Abang sayang Nia.” Tangan Dania dicium penuh kasih.
“Thank you for finding me.” Sebuah ciuman mendarat di pipi suaminya. Dia bersyukur dengan kehidupannya kini. Dia bersyukur kerana Amelia, Hakim, Amirul, ibu dan bapa mertuanya sentiasa ada di sisinya.
‘Terima kasih atas segala nikmatMu, Ya Allah.’
Share this novel