Buk!
“Sakitlah!” Dania menggosok dahinya. Adoi laaa.. Terbau haruman yang dipakai oleh insan yang melanggarnya, Dania terbuai-buai seketika. Wanginya! Anak siapalah yang wangi sangat ni.
“Sorry kak. Saya tak sengaja.” Suara lelaki.
What? Kak? Tak boleh jadi ni, dah la langgar orang, panggil dia kak pulak tu! Dia perlu bersemuka dengan lelaki ini. Keadilan mesti ditegakkan!
Dania mendongak. Liur ditelan. Payau. Matanya tidak berkedip memandang seraut wajah itu. Bibirnya bergerak-gerak mahu berkata sesuatu namun tiada suara yang keluar. Alahai, apahal pulak suara ni tiba-tiba malu nak keluar ni?
“Kak okay ke?” Soal lelaki itu lagi.
Kak lagi? Lagi sekali? Dania gigit bibir bawahnya.Geramnya!!! Takkanlah dia nampak tua sangat kot? Dia baru dua puluh enam tahun.
Lambat lagi nak masuk dua puluh tujuh tahun! Bukan tua sangat pun. Kalau dah masuk siri tiga puluhan boleh tahanlah jugak telinga dia kalau nak panggil kak pun. Ini belum lagi tiga puluh dah panggil dia kak?! Adoi, sakitnya hati. Harapkan muka aje kacak, mata buta. Sayang betul.
“Ye dik, akak okay. Adik jangan risau ye!” Balas Dania geram. Kaki terus melangkah meninggalkan Amirul sendirian.
“Dia panggil aku adik? Aish, takkan aku nampak muda sangat kot?” Amirul menggaru dagunya. Amirul ketawa lucu. Adik. Buta ke apa perempuan tu?
“Kau dah kenapa ketawa sorang-sorang ni?” Bahu Amirul ditepuk perlahan. Ketawa Amirul mati. Automatik Amirul pusing ke belakang. Nasib baik manusia ada kepala, kalau pusing nampak makhluk tak ada kepala terus pitam dia dekat sini.
“Tadi ketawa, sekarang ni terkejut pulak dah. Dah mereng ke kau ni Am?”
“Yang kau terkejutkan aku ni kenapa? Nasib baik jantung aku ni tak melompat keluar tau tak? Kalau tak jenuh nak tangkap masukkan balik dalam badan aku.” Bebel Amirul. Hakim ketawa melihat gelagat Amirul yang sedang memarahinya. Siap dengan gaya tangan lagi. Tak boleh blah betul.
Anak mata Amirul dilarikan melihat seraut wajah cantik yang berdiri di sisi Hakim. “Tahniah Mel. Semoga bahagia sampai ke syurga.”
“Thanks Am. Semoga kau pun cepat-cepat dapat jodoh.” Amirul ketawa kecil mendengar doa yang keluar dari bibir Amelia. Amin. Amin. Amin.
Nak dapat jodoh dekat manalah. Mama dekat rumah pun dah bising, umur dah dua puluh lapan tahun tapi masih bujang. Mama, anak mama handsome sangat, takde orang berani dekat.
“Aku balik dululah, Esok aku datang lagi. Mama dah lama balik tu.” Dania dan Hakim pantas mengangguk. Amirul segera berpaling meninggalkan pasangan pengantin baru itu.
Share this novel