“Aku terima nikahnya Hana Amelia binti Khalid dengan mas kahwinnya lima ratus tunai”.
Dania mengesat air matanya. Ah, dia pula yang terlebih-lebih. Amelia nangis sikit-sikit aje. Dia pulak yang menangis macam hilang anak. Tangan pantas memeluk Amelia. “Syukur, Alhamdulillah. Aku doakan kau bahagia hingga ke syurga.”
“Aku doakan kau cepat-cepat kahwin.” Dania melepaskan pelukan. Dania pandang Amelia dengan wajah yang dibuat-buat garaang. Tiba-tiba tawa dua sahabat itu pecah. Nak kahwin dengan siapa? Calon pun belum ada.
“Aku tunggu Lee Min Ho datang pinang aku.” Amelia mencebik. Menyampah. Tak habis-habis gila dengan hero drama Korea.
“Kau semua hero drama kau jatuh cinta. Kalau datang pinang betul-betul macamlah kau nak dekat dorang tu!” Dania jungkit bahu. Malas mahu melayan Amelia. Mentang-mentang dia dah kahwin, sekarang nak paksa Dania pun kahwin sekali? Erghh. Sorry!
“Assalamualaikum. Dania, boleh jauh sikit dengan Mel tak? Kejap aje ye. Majlis batalkan air sembahyang.” Dania angguk perlahan sambil tersenyum manis kepada Tan Sri Khalid. Handsome bapak si Amelia ni. Kenapalah bercerai. Sayang betul. Rungut Dania dalam hatinya.
Matanya meliar mencari kelibat bekas isteri Tan Sri Khalid. Tiada. Eh, takkan Puan Linda tak datang kot? Kesian Amelia, harap sangat mamanya datang ke majlis pernikahan dia.
Mungkin Puan Linda sayang nak tinggalkan suami baru dia kot? Eh, pandai-pandai pulak dia buat hipotesis sendiri. Ops!
Mak oi, besarnya batu berlian cincin kau Mel! Bertuah betul Amelia, dah la kaya, dapat kahwin pun dengan anak orang kaya jugak! Dia ni, siapalah yang nak. Takpelah, tunggu ajelah putera kacak dari kayangan.
Lega! Tinggal majlis bersanding sahaja pada esok hari. Tak sabar menunggu hari esok. Majlis perkahwinan yang gilang gemilang! Maklumlah kali pertama buat kenduri. Anak pun dua orang aje Tan Sri Khalid ni. Kalau tak habiskan duit untuk anak-anak, nak habiskan duit untuk siapa lagi. Takkan untuk dia pulak? Eh, boleh jugak. Dia pun anak Tan Sri Khalid jugak. Hihi.
“Mel, aku naik atas dululah. Mengantuk dah ni. See you tomorrow.” Bahu Amelia dicuit. Kepalanya dilentokkan di atas bahu Amelia. Sengaja mahu bermanja dengan sahabatnya.
“Nia, kau kalau nak manja dengan wife aku, sorry! Sekarang Mel aku punya. Aku cadangkan kau cari suami. Lepas kahwin, kau manja puas-puas dengan suami kau.” Amelia ketawa besar. Dania mencebik. Hakim ni pun sama jugak macam Amelia. Tak penat ke suruh dia cari suami. Ingat beli ikan dekat pasar ke, huh?
“Dah la, aku naik dulu. Good night newly birds!” Hakim dan Amelia mengangguk serentak.
Share this novel