Bab 5

Humor Series 38321

“Abang!” Lengan sasa Hakim ditampar kuat.

“Adoi. Sakitnya Mel tampar lengan abang. Mel ni, manja-manjalah sikit dengan abang. Baru sejuk sikit hati abang ni. Kejap lagi abang dah kena balik. Esok pulak baru dapat tengok muka isteri abang yang cantik ni.” Hakim mencuit dagu Amelia. Geram betul tengok Amelia mala mini. Cantik sangat!

Amelia tarik muncung. “Gatal! Benci.”

Hakim merangkul bahu Amelia menarik isterinya ke dalam pelukannya. Ubun-ubun Amelia dicium penuh kasih. “Apa yang Mel nak cakap dengan abang tadi?”

Amelia mendongak mencari sepasang mata milik suaminya. Bibir Amelia mengukir senyuman. “Mel dah tahu siapa yang sesuai untuk Nia. Paling sesuai untuk Nia.” Hakim mengerutkan dahinya.

Dania mengeliat malas. Malas ke tak malas ke dia tetap kena bangun awal hari ini. Demi sahabat yang paling baik di dunia dan di akhirat. Jika bukan kerana Amelia, dia tidak mungkin berjaya seperti hari ini.

Selimut tebal yang membaluti tubuhnya ditarik ke tepi sebelah kanannya. Kaki melunjur keluar menuruni katil. Kedua-dua belah tangannya bersentuhan antara satu sama lain dan diregangkan ke atas kepala. “Yaaaaagh!” Menyedari keterlanjurannya, Dania pantas menekup mulutnya.

Dia bukan berada di apartment miliknya pada hari ini sebaliknya berada di rumah banglo mewah milik keluarga Amelia. Eh, milik bapa Amelia.

Tuala berwarna putih yang tersangkut di dinding dicapainya laju dan terus berlalu ke bilik mandi. Perlu mandi dan solat kemudian bersiap cantik-cantik untuk majlis persandingan Amelia pada hari ini. Tak sabarnya! Mesti banykak gila fresh flowers dalam majlis persandingan nanti. Amelia gila bunga!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience