BAB 10

Romance Completed 17107

Dah sepuluh minit berlalu. Tapi tiada seorang pun di antara mereka membuka mulut. Izuan macam ni. Ayumi macam tu. Masing-masing ego.

Tiba-tiba lagu Sampai Mati nyanyian Hazama berkumandang di radio. Ayumi yang mendengar lagu itu pantas memejamkan matanya. Dulu lagu inilah yang buatkan dia selalu ingat pada Izuan. Sebab ini lagu kegemaran Izuan.

“Awak. kalau awak nak tahu. Ini lagu favourite saya.”

Suara Izuan setelah lama berdiam diri. Ayumi masih mendiamkan diri. Saya tahu awak. Saya tahu.

“Dan kalau awak nak tahu juga. Lagu ni dulu saya tujukan khas buat orang yang saya sayang. Saya ingat masa tu saya ni bertepuk sebelah tangan je. Lawak kan?”

Ayumi tersenyum hambar. Dia mengerling sekilas ke arah Izuan. Awak masih sama seperti dahulu. Langsung tidak pernah berubah. Saya rindu awak Izuan.

“Cuma satu je saat ini yang saya harapkan. Saya harap wanita itu cepat sembuh. Saya rindu gelak tawa dia. Saya rindu suara dia yang manja tu. Saya rindu segala-galanya tentang dia.”

Izuan yang terasa akan mengalirkan air mata itu pantas tertawa kecil.

“Saya ni bodoh awak. Saya biarkan wanita tu terkontang-kanting dekat sini. Sedangkan saya? Berhijrah ke Amerika Syarikat. Saya bodoh awak!”

Ayumi tersentak melihat air mata Izuan mengalir. Izuan!

“Saya terlalu cintakan perempuan tu awak.”

Izuan tersenyum dalam kesakitan.

“Siapa perempuan tu?”

Akhirnya, Ayumi memberanikan diri untuk menyoal walaupun dia tahu siapa wanita itu.

“Nama dia Ayumi Maisarah.” Balas Izuan tenang.

Terus Ayumi kelu untuk berkata-kata.

“Saya nak kahwin dengan dia.”

Ayumi menggigit bibir.

“Saya akan pergi lamar dia nanti.”

Ayumi memejamkan matanya.

“Dan saya akan cakap saya cintakan dia.”

Ayumi terus mengalirkan air mata tanpa Izuan kesan.

“Saya harap dia sudi tunggu.”

Ayumi menekup mulut menahan tangis. Izuan. Saya sudi. Saya menunggu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience