BAB 6

Romance Completed 17107

“Awak siapa?”

Betapa luluhnya hati Lia dan Izuan sebaik sahaja mendengar pertanyaan itu daripada mulut Ayumi sendiri. Baru lima minit yang lalu Ayumi sedar setelah seminggu tidak sedarkan diri.

“Ayu? Takkan kau tak kenal aku? Lia. Dia ni Izuan. Lelaki yang kau tunggu selama ni. Takkan kau lupa?”

Soal Lia dengan perasaan tanda tanya.

Gelengan Ayumi membuatkan Izuan rasa bersalah sangat. Semua ni salah aku!

“Doktor kata apa Lia?”

Lia terdiam. Baru dia teringat, doktor kata kemungkinan Ayumi akan mengalami amnesia sementara. Tetapi tak sangka akan terjadi betul-betul. Ya Allah.

“Iz. Sembuhkan Ayu. Sembuhkan dia.”

Izuan memandang wajah Ayu yang polos itu. wajah yang dia sering rindu. Wajah yang sering bermain dalam fikirannya selama dua tahun ini. tidak begitu mudah untuk dia melupakan Ayu. Tidak!

“Ayu. Saya datang ni. Kenapa awak lupa?”

“Saya tak kenal pun awak berdua ni siapa. Tolong keluar.”

Lia dan Izuan. Masing-masing terhenyak mendengar arahan itu.

“Iz. Aku rasa kau kena balik dulu. Biar aku je yang uruskan semua ni.”

“Tapi..”

“Dengar cakap aku. Kalau kau masih berdegil. Aku takut nanti dia akan benci kau.”

Izuan tersenyum hambar. Yalah. Asalkan dia tak benci aku.

“Kalau itu kata kau, aku balik dulu. Ayu. Tolong ingat balik siapa saya. Ya?”

Tapi Ayumi hanya mendiamkan diri.

“Aku balik dulu.”

Ayumi yang melihat Izuan sudah keluar itu terus menangis teresak-esak. Lia yang memandang terus jadi terpinga-pinga.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience