BAB 3

Romance Completed 17107

Lia menahan sebak melihat keadaan Ayumi yang sedang terlantar itu. Dia bersimpati dengan Ayumi. Dia rasa macam nak pergi cari Izuan dan bawa ke sini. Biar Ayumi sedar. Tapi harapannya tu mungkin hanya sia-sia. Akhirnya, dia melepaskan keluhan.

“Ayu. Aku balik dulu. Nanti aku datang lagi. Berehat lah.”

Dah dua hari Ayumi tidak sedarkan diri. Lia lah orang yang setia menemani Ayumi setiap hari. Orang tua Ayumi dah lama pergi. Ayumi pula anak tunggal. Jadi Lia lah satu-satunya kenalan rapat yang dia ada. Sebab itulah Lia takkan biarkan Ayumi sesekali dilukai. Tapi takdir Allah. Siapa yang tahu bukan?

“Aku doakan kau cepat sembuh.”

Lia yang baru keluar daripada bilik wad Ayumi terhenti langkahnya. Dia terdengar suara garau yang pernah dia dengar. Tanpa berlengah, dia pantas menoleh ke belakang. Serentak itu, air mata kesyukuran mengalir jua ke pipinya. Alhamdulillah Ya Allah.

“Aku gerak dulu.”

Melihatkan Izuan yang semakin dekat itu membuatkan Lia pantas menyeka air mata dan berdepan dengan Izuan.

“Izuan?” Soal Lia dengan perasaan berdebar-debar.

Izuan mengerutkan dahi sebaik sahaja melihat Lia. Puas dia cuba berfikir dan cuba ingat kembali siapa insan yang berdiri di depannya saat itu.

“Aku lah. Lia. Kawan Ayumi. Takkan tak ingat?”

Dengar saja nama Ayumi. Izuan tersentak. Serentak itu, wajahnya terus berubah riak.

“Oh kau. Nak apa?”

Izuan berubah dingin. Entah kenapa, dengar saja nama Ayu mesti akan membangkitkan kemarahannya. Lia yang melihat perubahan Izuan itu mengerutkan dahi. Tanpa sedar, dia tersenyum sinis melihat Izuan.

“Kau tanya aku nak apa? Kau sedar tak dua tahun kau menghilang tanpa khabar berita. Tup-tup aku terjumpa kau dekat sini. Alhamdulillah. Tapi ini cara layanan kau terhadap kawan kau?”

Lia jadi berang dengan sikap Izuan. Izuan terdiam. Wajah Lia direnungnya dengan seribu persoalan.

“Aku ingat bila kau ada dekat sini, kau akan cari Ayu. Kau tahu tak? Setiap hari Ayu menunggu kehadiran kau tu. Tapi kau? Kau kenapa ha? Kau pergi mana selama ni?”

Izuan terdiam lagi. Lia yang melihat Izuan tu semakin bengang. Dia dah lama bersabar dengan Izuan.

“Kenapa diam? Sedar kesalahan sendiri?”

“Aku pergi ada sebab. Dan semua sebab tu ada pada Ayu. Kenapa kau tak tanya dia je?” Izuan pula jadi tegang.

“Sebab apa? Cuba kau cakap.”

Izuan tersenyum sinis. Dia berpeluk tubuh. Perlu ke aku cakap? Nanti kata aku ni lelaki yang tak guna pula.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience