BAB 13

Romance Completed 17107

Matanya terkebil-kebil melihat jalan. Dadanya terus berdebar hebat. Lututnya dah menggeletar hebat. Habis menggigil satu badan. Tak mampu untuk berdiri dia terus jatuh terduduk dengan linangan air mata.

“Awak! Awak okay kan?”

Ayumi melihat Izuan tanpa reaksi. Dia selamatkan aku ke tadi?

“Mujurlah saya sempat tarik awak. Awak! Dulu saya menyesal sebab buat awak kemalangan. Saya bersalah dan menyesal. Tapi tidak untuk kali kedua. Saya tak mahu kehilangan awak lagi. Awak bohonglah saya apa-apa pun saya sanggup terima. Tak apa. Maafkan saya. Mujur awak selamat.”

Terus Ayumi menghamburkan tangis pada telapak tangannya.

“Menangislah. Kalau itu yang buatkan awak lega. Menangislah Ayu.”

“Saya minta maaf. Saya..”

“Saya yang salah. Saya tak sanggup tengok awak macam ni lagi. Kita kahwin?”

Terus Ayumi terdiam dan hanya air mata jadi peneman.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience