BAB 9

Romance Completed 17107

“Aku rasa macam dah bernafas semula. Arh!”

“Kau ni, tahulah seronok sebab dah boleh keluar hospital. Tapi kita masih ada dekat hospital tau.”

Ayumi tersengih. Pantas dia berlagak ayu. Malu.

“Anyway. Kau masih nak berpura-pura ke? Aku tengok Izuan tu pun aku kesian. Dah seminggu dia ulang-alik lawat kau masa kau tidur. Dia kata selagi kau tak sembuh, selagi itulah dia takkan maafkan diri dia. Ayu. Dia dah menyesal. Lagipun bukan sepenuhnya salah dia. salah Maliana yang fitnah kau.”

Ayumi terdiam selepas mendengar kata-kata Lia. Sebenarnya, dia tak ada niat pun nak bohong Izuan. Cuma dia rasa nak uji Izuan. Dia nak tahu sama ada Izuan benar-benar sayangkan dia atau tak. Tu je. tapi tak sangka Izuan benar-benar ikhlas.

“Sudahlah Ayu. Dulu ya aku suruh kau berhenti cari dia. Tapi sekarang aku nak kau berhenti menipu dia. Aku dah kenal dia lama. Ini kali pertama dia terlalu sayang akan seorang wanita dalam diri dia.”

Ayumi tersenyum hambar.

“Percayalah cakap aku.”

“Aku takut kalau dia tahu aku tipu dia. Dia akan pergi lagi.”

“Tak. Aku yakin.”

“Tapi..”

“Ayumi!”

Serentak mereka berdua menoleh ke belakang. Kelihatan wajah Izuan yang ceria itu menapak ke arah mereka.

“Ayu! Dah sihat? Lia.. Sorry sebab aku lambat. Kerja baru habis.”

Ayumi melihat Lia dan Izuan silih berganti. Ternyata mereka berdua setia berada di samping aku walaupun aku susah.

“Tak apa. Ayu.. Kau okay kan kalau Izuan hantar kau balik. Aku ada kerja sikit lepas ni.”

Ayumi tersentak. Lia!

“Erk.. Ayu?”

“Okay.”

Izuan. Aku akan pastikan kau dan Ayumi berbaik semula. Itu tekad aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience