BAB 12

Romance Completed 17107

Cincin. Barang hantaran. Baju pengantin. Semua itu dah tersedia depan matanya saat ini. Tetapi sampai saat ini dia belum beritahu Izuan perkara yang sebenar. Rasa bersalah menyelubungi dirinya.

“Beb. Dia nak bawa kau pergi tasik. Cepat siap.”

Arahan Lia itu dia terima dengan hati yang berdebar-debar. Tetapi dia turutkan jua.

“Dah siap belum?”

Hampir 10 minit, barulah Ayumi siap tapi dengan muka yang masam. Dia keliru saat ini. dia juga takut. Rasanya sekarang adalah masa yang sesuai untuk dia beritahu perkara yang sebenar.

“Dia tunggu kau dekat luar.”

Ayumi keluar dengan perasaan gemuruh. Melihat kelibat itu, dia terus tersenyum. Tapi nampak hambar.

“Jom ikut saya.”

Ayumi mengangguk tanpa banyak tanya. Nak bersuara pun rasa tak bermaya.

“Saya rasa dulu Ayumi yang saya kenal banyak cakap. Kenapa sekarang ni tak?”

Ayumi menahan debaran. Sememangnya, dia penat untuk rasa perasaan ni. Menyesal pula dia tipu Izuan.

“Okay dah sampai. Jom turun.”

Belum sempat Izuan nak buka pintu kereta. Tangannya terlebih dahulu diraih Ayumi. Ayumi tersenyum tawar.

“Why?”

Izuan tidak jadi keluar selepas melihat perubahan pada sikap Ayumi. Kenapa ni?

“Saya nak cakap sesuatu. Saya harap awak tak marah. Dan maafkan saya.”

Ayumi terteguk air selepas melihat wajah Izuan yang tenang itu.

“Apa? Cakaplah.”

“Saya..saya..”

“Ya?”

“Saya sebenarnya tak lupa..”

Tok! Tok!

Terkejut mereka berdua dibuatnya. Ayumi yang ingin menghabiskan kata-katanya jadi terbantut. Dia menjerit dalam hati. Tolonglah! Aku dah tak sanggup untuk menyimpan rahsia ni.

“Kawan saya tu. Jom keluar. Nanti kita cakap lain.”

Ayumi hanya melihat Izuan melayan kawan-kawannya itu. Dia lebih rela jalan bersendirian daripada berdiri di sisi Izuan.

“Ayumi! Cepatlah!”

Ya Allah. Apa perlu aku buat? Ayumi menggumam sendiri.

“Perkenalkan. Ini kawan baik saya. Zairul.”

“Hai.”

Ayumi langsung tiada hati nak berkenalan dengan sesiapa. Dia nak Izuan! Dia nak terangkan perkara yang sebenar!

“Izuan! Ikut saya jap.”

Ayumi meminta izin sebaik sahaja melihat Izuan ralit dengan kawan-kawan dia.

“Ke mana?”

Ayumi terus berlalu agar Izuan ikut jejak langkah mereka.

“I want to say something.”

“What?”

Nafasnya ditarik perlahan-lahan sebelum menghembuskannya. Dia melihat wajah Izuan dengan senyuman kecil.

“Sebenarnya saya tak lupa ingatan.”

Izuan yang mendengar tersentak.

“Saya tipu awak. Saya berpura-pura. Maafkan saya. Saya buat semua ni sebab dulu saya rasa benci nak tengok muka awak. Sebab awak buat saya menderita. Maafkan saya.”

Luah Ayumi dengan linangan air mata.

Izuan masih mendiamkan diri. Maybe terkejut.

“Awak. Janganlah macam ni. Maafkan saya.”

Izuan still tiada reaksi. Tetapi dia terus memusingkan badan ke arah lain. Ayumi yang melihat mengangguk faham.

“Tak apalah. Tenangkan fikiran awak dulu. Saya balik dulu.”

Terus Ayumi berlari daripada situ. Nampak saja Lia dari jauh. Dia terus menuju ke arah Lia tanpa menoleh ke kiri dan kanan. Yang dia tau dia nak Lia sekarang ni.

“Ayu! Stop!”

Ayumi langsung tidak hiraukan suara itu. Dia benci! Benci! Benci!

“Ayu! Awas!”

Sreetttt!!!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience