BAB 2

Crime Completed 8159

aku mulai berjalan ke arah rumah Fiona, satu-satunya kawan yang aku ada dan prihatin padaku. Dia adalah satu-satunya kawan yang menyukaiku.

Pelajar lain di sekolah membenciku dan kerap membuliku. Sering aku bertanya pada mereka kenapa mereka membenciku namun aku masih lagi dibuli dan dianiaya. Akhirnya aku berhenti bertanya dan mengeluh, aku tak kisah kerana aku sudah ada seorang kawan baik dan itu sudah emmadai bagiku.

''Eh Rosie, kenapa kau datang ke sini?'' tanya Fiona sambil melihat beg baju yang ku bawa.
''Fi, boleh tak aku tinggal di sini sehari dua? mama dan papaku pergi bercuti dan doang langsung tak bagitahu aku dorang nak bercuti, ke mana atau bila dorang balik.'' ujarku mengeluh kecil.

''Eh mestilah kau boleh tinggal di sini, aku akan bagitau parent aku okay, kau jangan risau.'' pujuk Fiona.

Aku meletakkan beg di lantai bilik Fiona dan menghampaskan tubuhku mahu berehat seketika. Aku bersyukur yang Fiona ada bersamaku dan dalam masa yang sama aku berasa kasihan padanya keana ada kawan yang malang seperti aku.

**

Empat minggu berlalu. Segala luka dan bengkakku beransur sembuh dan pulih seperti sediakala semula, untuk kesekian kalinya aku lega dn gembira. Masaku banyak dihabiskan bersama Fiona dan kami selalunya menonton wayang atau realiti program dari Korea.
Aku sangat gembira, meski ia sederhana dan aku tahu seketika, aku teramat menghargainya.

TOK! TOK! TOK!

''Biar aku buka!'' jerit Fiona lalu menuruni tangga. Tak lama kemudia dia naik semula dan memberitahu bahawa kedua orang tuaku ada dh bawah.

1
2
3
Tenng Rosie, tenang.

''Okay takpe aku akan turun dan bagitau mereka aku akan siap kejap lagi okay,'' ujarku sambil memberi senyuman palsu pada Fiona.
Ya benar Fiona adalah kawan baikku tapi aku tak mahu bagitau dia tentang ibu bapaku kaki dera. Aku tak sanggup melihat Fiona risau terhadapku.
''Dorang dah pergi, mama papa kau pesan yang kau kena balik sendiri.''

Jangan menangis Rosie, kau kuat. Aku cuba menenangkan diri ku sendiri dan mulai mengemas barang-barangku.
''Aku bekalkan sedikit makanan ya.'' ujarnya kepadaku seraya turun ke bawah. Aku membelek pergelangan tanganku yang dan melihat kesan-kesan lebam yang sudah pulih , sungguh aku tak mahu ia muncul lagi.

Usai aku siap mengemaskan barang-barangku, perlahan-lahan aku menuruni tangga dan pada ketika itulah aku terdengar Fiona mengadu kepada emaknya.

''Akhirnya berambus juga budak Rosie tu, eloklah serabut Fi dia ada kat sini.''
Airmata mulai bergenang di pipiku.
''Fiona kenapa kamu cakap macam tu?'' bentak emak Fiona.
''Yelah mak, memang betul pun. Fi nampak sendirri lebam dan bengkak kat tangannya, mungki sebab dia sendiri yang buat mak bapak dia bengang, jadi memang padan muka dialah.'' ujar Fiona sambil mengunyah buah Pear.

Airmataku mengalir deras. Aku membuka pintu dan terus keluar dari rumah itu. Aku ingatkan selama ini Fiona adalah kawan baikku.
''Rosie! Rose! Tunggu.'' aku menoleh dan melihat Bekas kawan baikku ini dengan pandangan tajam.

''Kau nak apa lagi Fiona?'' tanyaku bengang.

''Eh kau dah kenapa? PMS ke?'' tanya Fiona.
''Sudahlah Fi, aku dah dengar semua apa yang kau cakap kat mak kau.

Fiona terkejut dan tergamam seketika. Aku menoleh ke hadapan semula cuba untuk beredar tapi pada saat itu jugalah aku terdengar Fiona berkata, ''Memang patut pun kau kena macam tu bitch!''

Dan tak semena-mena aku berjalan ke arahnya semula lalu memberikan satu tamparan kuat ke mukanya hingga dia terjatuh. Aku merasa bersalah tetapi aku sudah tak mampu menahannya. Aku berlari pulang ke rumah dan menangis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience