BAB 8

Crime Completed 8159

Rosie merasakan semua adalah salahnya. Baginya dia hanya satu kesilapan dari Tuhan. Dia tidak sepatutnya lahir di dunia dan dia mulai faham mengapa kedua orang tuanya membencinya. Dia adalah satu ciptaan yang khusus untuk dibenci dan tidak berfungsi di dunia. Ada atau tiada tidak memberikan erti.

**

Sementara itu di bandar Kingston.

Bandar yang mempunyai populasi seramai 3,000 orang itu heboh dengan berita penangkapan dua orang penculik dan pembunuh yang berjaya ditangkap sewaktu kedua-duanya cuba meloloskan diri melalui jalan laut. Penangkapan mereka membawa kepada penemuan mayat Adam dan Rosie yang dicari sejak hari kedua kehilangan mereka.

Ibu dan bapa Adam dirundung kesedihan namun mereka redha akan kematian anak mereka. Adam bahkan dijulang sebagai hero kerana jika bukan kerana kesan pisau yang menusuk perut salah seorang penjenayah itu pastinya kedua penjenayah itu yang terbabit dalam sindiket pemerdagangan manusia tidak berjaya ditangkap dan ramai lagi remaja juga kanak-kanak menjadi mangsa.

Sementara itu, ibu dan bapa Fiona diberkas dan didakwa atas penderaan domestik, semuanya terungkai melalui buku diari yang ditinggalkan oleh Rosie di dalam almari pakaiannya. Namun sehingga ke saat ini, masih tiada tanda penyesalan di mata kedua orang tua Rosie dan hal itu membangkitkan kemaraham masyarakat setempat yang mahu hukuman berat dijatuhkan pada Rosie.

Mengukuhkan lagi dakwaan itu bila Fiona tampil sebagai saksi utama diikuti beberapa orang saksi termasuk jiran dan cikgu sekolah yang pernah ternampak kesan lebam dan luka pada tubuh Rosie termasuklah suara jerita erangan kesakitan Rosie setiapn kali dipukul.

Fiona sedar bahawa dia khilaf dan gagal menjadi kawan yang baik. Betapa dia salah faham akan kawannya itu dan dia berharap dengan membawa kedua orang tua Rosie ke muka pengadilan dapat menebus kesalahannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience