BAB 4

Crime Completed 8159

Sepanjang jalan masuk ke hutan aku memaki hamun mengenangkan betapa bodohnya aku terlupa membawa lampu suluh. Kini aku menulusuri hutan tanpa sebarang cahaya hanya berbekalkan cahaya bulan yang samar-samar. Tiada cahaya telefon bimbit kerana sah-sah ia diharamkan oleh kedua ibu bapaku.

Dalam kegelapan aku masih mampu melihat, aku terus berjalan sehinggalah aku terjumpa sebuah gua kecil yang cukup untuk aku berehat sehingga esok pagi.

**

''Woii bangun!'' tubuhku pedih kesakitan. Seluruh tubuh dan tulang temulangku bagai terburai.
Pandangan ku kabur, aku mengelip-ngelipkanm mataku berkali-kali dan akhirnya dapat melihat dengan jelas. Di hadapanku kini berdiri dua orang lelaki dalam lingkungan umur 20 tahun sedang memandangku seakan-akan aku adalah 'makanan' mereka. Aku melihat sekeliling dan melihat ada seorang budak lelaki sebaya aku. Eh apa ni? AKu di mana sebenarnya?

Budak lelaki tu adalah Adam! Pelajar popular di sekolah.

Adam berada di sebelah aku berdiri dalam keadaan tubuh diikat pada sebatang pokok sama seperti aku.

''Apa yang korang nak?'' tanyaku tergagap-gagap.

Lelaki berambut panjang itu mendekatiku lalu membisikkan sesuatu ke telingaku, '' kau baru sahaja diculik baby.''

Jantungku berdegup kencang, aku meronta-ronta minta dilepaskan.

''Apa kau tak tengok berita ke? Jangan masuk hutan sorang-sorang coz penculik berleluasa dan menunggu mangsa,'' lelaki berambut pendek dengan mata coklat itu bersuara pula.

''Mak bapak aku tak kasi aku tengok tv sebabnya dorang anggap aku tak layak pun nak tahu hal dunia ni, aku sampah bagi mereka sebab tulah aku melarikan diri,'' jawabku selamba.

''Kau melarikan diri?'' tanya lelaki berambut panjang itu pula.

Dan pada ketika itulah aku melihat Adam terjaga.

''Eh macammana kau boleh ada di sini Rosie? Kau okay? Dorang ada cederakan kau ke?'' tanya Adam.

Aku terkejut. Bagaimana Adam boleh mengenali ku dan tahu namaku?

''Eh kejap, korang berdua saling kenal ke? Ke korang berdua dating?'' tanya kedua-dua lelaki itu sinis.

''Apa? Bukan, tak kami berdua tak kenal'' belum sempat aku habiskan kata-kataku, aku mulai dibelasah tanpa belas kasihn.

Ini adalah apa yang aku rancang.

Mengapa aku mearikan diri?

Aku mahu pulang.

Aku dengar namaku dipanggil berkali-kali dan suara itu perlahan-lahan hilang dari pendengaranku.

....

....

Aku bangun dan terbatuk darah. Aku memerhatikan seekeliling dan menyedari Adam berada di hadapanku.

''Rosie, jangan risau kita akan dapat bantuan nanti. Jangan risau ya.'' pujuk Adam.

''Bagaimana kau melepaskan diri?'' tanyaku namun saat itu juga aku melihat dia sedang memegang pisau kecil yang aku bawa dan berikan padanya sebelum aku dibelasah teruk oleh dua orang lelaki tadi.

Serta-merta aku terus teringat momen di mana Adam melepaskn ikatan yang membelit tubuhku sebelum aku rebah pengsan. Dan dalam pandanganku yang kabur itu aku dapat melihat Adam mengangkatku. Aku tak berdaya untuk bersuara lagi mahu bergerak, aku hanya memberikannya sebuah senyuman sebagai tanda terima kasih lalu terlena di bahunya.

**

''Bangun ROsie!'' aku dapat merasa beberapa tamparan lebut singgah di pipiku. Aku terjaga dan seraya itu juga tangan yang hangat itu turun dan naik menyentuh wajahku, mahu meastikan yang aku sudah terjaga. Pipiku terasa panas membahang.

BANG BANG!

''Bunyi tembakan!'' aku berbisik padanya dan Adam mengangguk, pantas kami berdua melarikan diri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience