BAB 5

Crime Completed 8159

Aku berlari sambil memegang tangan Adam. Kami terus berlari tanpa menoleh ke belakang sehinggalah kami berdua keletihan dan membuat keputusan untuk mencari tempat bersembunyi untuk berhenti rehat seketika. Kami mencari tempat persembunyian selama dua jam dan akhirnya kami terjuma sebuah gua yang cukup besar. Adam memeriksa sekeliling memastikan tempat itu selamat sebelum membenarkan aku masuk.

Syukur tempat itu memang selamat.

Kami masuk ke dalam gua itu dan aku terus duduk sambil menangis tanpa henti. Adam terus memelukku cuba menenangkanku sehinggalah akhirnya dia turut terlena. Aku tak salahkan dia, tentu dia letih dan perlu berehat. Aku ssudah tidur berjam lamanya dan kini masa aku untuk menjaga Adam dan biarkan dia berehaat.

Pagi membuka tirainya dan aku bercadang untuk keluar mencari makanan. Tiada makanan lain yang ku temui melainkan buah beri liar dan bagi ku itu sudah cukup untuk kami berdua. Aku lihat Adam sudah terjaga seetibanya aku dari memetik buah beri.

''Aku ada jumpa buah beri untuk makanan kita,'' ujarku.

''Jangan keluar tanpa aku please, aku dah nampak apa yang dorang lakukan pada kau Rosie,'' ujarnya lalu memandang ke bawah.

Aku hanya tersenyum lemah.

''Baiklah, aku takkan keluar lagi tanpa pengetahuan kau, jangan risau ya.'' ujarku.

''Apa yang sebenarnya terjadi Rosie sehingga kau melarikan diri ke dalam hutan?'' tanya Adam beberapa minit kemudian.

''Aku lari sebab aku dah tak mahu disakiti lagi. AKu tak tahu kenapa aku lahir ke dunia dan mengapa semua orang membenciku? termasuklah kawan baik ku sendiri dan sumpah, aku tak tahu apa yang aku lakukan untuk dapat semua ini. Aku berani bersumpah yang aku orang, aku kena culik pula! memang bagus! Perfect! Nampaknya dunia ini bukan untuk orang seperti aku. Kau nak tengok berapa banyak kesakitan yang sudah aku lalui?'' Aku segera menaikkan lengan bajuku dan menunjuk pada Adam kesan-kesan lebam dan parut luka yang memenuhi tubuhku. Air mata mulai bercucuran.

Adam lalu menarik tubuhku dan memeluk aku erat ke dadanya, '' Aku tak benci kau Rosie, Aku suka kau.'' bisik Adam

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience