BAB 1

Crime Completed 8159

Malam tu akau terjaga dari tidur dan terus turun ke bawah untuk minum. Sedang aku cuba menuang air ke gelas, tak semena-menana mama muncul dari belakang dan menampar belakang ku dengan kuat. Aku yang terkejut hanya mampu diam membisu. Aku leytakka smeula jag aiir dan segera beredar dari situ.

''Jangan cuba lari dari aku, ke mari kau!'' arahnya kepadaku.

perlahan-lahan aku melangkah ke arah mama dan sudah ebrsiap sedia dengan segala benda yang teruk, aku dah biasa. Dia menarik telingaku dan menarik tubuhku dekat dengannya, airmata mulai mengalir dek kerana kesakitan yang ditanggung.
''Maafkan Rosie ma,'' ujarku berkali-kali meskipun aku tidak tahu apa salah yang telah aku lakukan.
''Memang patut pu kau minta maaf!'' bentak mama seraya menolak aku ke lantai lalu menendang-nendang aku berkali-kali tepat ke perut.

Bang, saya dah kata dah yang kita memang patut gugurkan je budak sial ni dulu!'' ucap mama kepada papa yang sedang membelek-belek surat khabar di ruang tamu.

Aku sedaya upaya cuba untuk bangun dan brjalan menuju ke biikku perlahan, tanpa sebarang bunyi. Au takut bunyi itu akan menambahkan lagi berang mama terhadapku sepertimana kewujudanku yang sepertinya tidak diingini di dunia ini.

Aku tidur di bilik paling kecil yang mana saiz katil cukup-cukup menempatkan sebuah katil bujang sahaja, sungguh kecil dan sempit hingga sukar untuk bergerak, ia cukup-cukup untuk sebuah katil dan almari kecil yang cuma ada beberapa helai baju yang jika dicampur dengan uniform sekolah tidak sampai 10 helai.

Aku tinggal di sebuah rumah yang cukup besar lengkap dengan enam buah bilik tapi mama dan papa kata yang aku tak layak untuk dapat bilik besar atau normal kerana aku sampah dan mereka tak mahu aku menganggap mereka peduli pada aku.

Aku duduk di hujung katil dan mulai menangis berjam lamanya, tidak aku tak cuba untuk menyeksa diri dengan menangis kerana apa yang dilakukan oleh kedua ibubapaku ssudah cukup menyeksakan aku dan hanya dengan menangis sahajalah menjadi peneman hidupku. Aku benar-benar berharap mereka akan berhenti menyeksa aku. Apa salahku? Adakah kerana aku lahir di dunia? Mungkin lebih baik kiranya tamatkan saja riwayat hidup aku ini kan?

Tapi aku takut untuk mati.

Aku dapat mendengar bunyi derapan tapak kaki makin kuat menghampiri bilikku. Aku sudah bersediah untuk menghadapi satu lagi episod menakutkan dalam hidupku. Pintu bilik dikuak kuat dan aku melihat papa sedang merenung tajam sambil menjerit, ''Keluar sekarang!''

Mulutku sudah siap sedia ternganga cuba bertanya pada papa tetapi aku tak mahu dibelasah sekali lagi, jadi aku cuba menuruti dan menuruni tangga, papa mengekori aku dari belakang.
''Aku dan mak kau nak pergi bercuti! Kau jangan lupa untuk kunci pintu rumah!"

''Tapi Rosie tak tahu pun yang papa dan mama nak pergi bercuti,'' tanyaku terpinga.

''Memang kami nak bercuti bodoh! Kau akan tinggal kat rumah kawan kau, itupun kalau kau ada kawan,'' ujar papa seraya menolak bahuku manakala mama pula menarik rambutku tanpa sebab lalu menutup pintu.

Aku memasukkan beberapa helai pakaianku dan mencapai jaketku untuk menutup kesan lebam dan luka yang memenuhii tubuhku. Tak sampai 20 minit, aku tutup pintu dan ti ggalkan rumah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience