Chapter 1

True Story Series 870

"Kau tu dahlah cacat!" Tersentak Syafiqah mendengar ucapan itu dari mulut Nadia. Dua beradik itu Nadia dan Yana memang sering ke rumah Syafiqah bermain bersama adik-adik lelaki Syafiqah. Namun mereka berdua jarang mahu bermain bersama Syafiqah, terutama sekali Nadia.

Bagaikan seakan jijik melihat Syafiqah. Nadia sering mengejek dan menghina dirinya yang banyak kekurangan itu. Sangat memalukan bagaimana budak seusia tujuh tahun sudah pandai menghina orang lain begitu.

"Nadia, masuk!" Kedengaran suara ayah Nadia menempelak dipintu rumah. Nadia terperanjat melihat ayahnya berdiri disitu barangkali mendengar ucapan anak perempuannya itu. Bergegas Nadia masuk rumah.

Tak lama kemudian, terdengar bunyi libasan tali pinggang setelah itu tangisan Nadia kedengaran. Nadia dipukul ayah akibat dari ucapannya. Yana dan dua lagi adik Syafiqah saling berpandangan. Yana berjalan masuk dalam rumah. Syafiqah dan adik-adiknya turut pulang ke rumah.

Petang itu mereka tidak bermain seperti selalunya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience