Sambil berbaring diatas katil dan memutar radio, matanya tertumpu pada sebatang pokok mangga yang berbuah lebat bersebelahan biliknya itu. Tingkap dibuka luas, sesekali terasa angin masuk ke ruang biliknya lalu membelai raut wajah Syafiqah.
Entah mengapa seribu penyesalan datang bertandang dihatinya sejak Syafiqah membuat keputusan berhenti sekolah tiga tahun lepas. Tiba-tiba perasaan ingin belajar membuak-buak. Selama Syafiqah berhenti dari sekolah, Syafiqah sering menghabiskan masa didalam bilik. Kadangkala ada juga dia membantu ibunya didapur.
Masih sempatkah sekiranya dia ingin sambung belajar semula? Bagaimana persepsi orang tentang dirinya yang sudah banyak ketinggalan matapelajaran? Sampai bila dia harus hidup seperti ini? Hidup tanpa matlamat dan tujuan.
Syafiqah mengeluh panjang. Walaupun penuh penyesalan tetapi Syafiqah berasa dirinya lebih sihat. Sejak Syafiqah berhenti sekolah, dia sudah tidak mengalami tekanan atau diserang migrain lagi. Mungkin juga lebih baik kehidupannya begini, fikirnya.
Terngiang-ngiang pertanyaan ibunya semalam, "along minat bidang apa? Penulisan ke? Along kan rajin menulis," Ya, memang Syafiqah rajin menulis, tapi itu hanya sekadar mengisi masa lapangnya. Mak Jah pernah memberi cadangan kepadanya belajar menjahit. Menjahit boleh untung kalau kita rajin.
Mak Jah dulu rajin ambil tempahan menjahit, jadi mak Jah tahu tentang jahitan. Tetapi walaupun ibunya minat menjahit, belum tentu anak-anaknya akan minat perkara yang sama, terutama sekali Syafiqah. Hendak bermain dengan benang dan jarum, bukanlah menjadi kesukaannya.
'Ah! Biarlah semua ini berlalu begitu saja. Mungkin aku tak perlu terlalu memikirkannya. Biar takdir yang membawa kemana arah tujuanku.'
Salam, kebanyakan kisah ini adalah kisah benar dan ada sedikit yang iqa tambah adalah dari imaginasi iqa sendiri. Selamat membaca. Harap korang enjoy dengan penulisan iqa. Jangan lupa support dan follow untuk iqa teruskan lebih banyak cerita yang menarik. Terima kasih.
Share this novel