Chapter 4

True Story Series 870

Syafiqah melangkah kaki masuk ke rumah baru. Keterujaan jelas terpamer diraut wajahnya. Ruang kedua yang dilawati setelah ruang tamu adalah ruang biliknya yang terletak bahagian depan. Bertambah seronok kali ini Syafiqah dapat bilik yang luas dan banyak tingkap.

Rumah yang disewa ayahnya kali ini tidaklah seperti rumah sebelum ini rumah batu. Kali ini rumah separuh batu dan papan terletak agak dalam ke kampung. Setelah puas hati meninjau ruangan biliknya, Syafiqah menuju ke dapur. Pintu dapur dibuka, dia mengamati suasana dibelakang rumahnya. Ternyata ada beberapa buah rumah yang menghadap pintu dapur. Kebetulan ada beberapa orang jiran sedang berbual disalah satu buah rumah disitu tetapi agak jauh dari pandangan Syafiqah.

Mereka menyedari kehadiran Syafiqah lantas melambai tangan dan menegurnya. Syafiqah kurang dengar dengan jelas teguran mereka kerana mereka agak jauh darinya. Lagipun waktu itu malam, Syafiqah hanya melihat wajah mereka samar-samar. Syafiqah sekadar tersenyum melihat mereka lalu kembali menutup pintu. 'Ramah rupanya jiran-jiran disini,'

Sesi mengemas pun bermula. Syafiqah membuka setiap kotak barang miliknya. Patung beruang disusun atas katil. Walaupun kini Syafiqah sudah meningkat remaja, Syafiqah memiliki berbelas patung beruang kerana Syafiqah minat bermain dan mengumpul patung-patung tersebut. Baginya patung-patung tersebut adalah sahabat karibnya yang akan terus setia menemaninya.

Tiba-tiba Syafiqah menyedari bahawa dia kehilangan satu anak patungnya yang paling dia sayang. Puas dia mencari, habis semua kotak diselongkar namun tidak dijumpai. Syafiqah mula resah, dia bertanya ibu dan ayahnya, "abah ada nampak tak patung beruang kecil warna putih? Along ada letak dalam kotak tu tapi tadi along cari tak ada," Syafiqah bertanya dan menjelaskan kepada ayahnya, "abah tak nampak pun, kalau tak ada, agaknya terjatuh masa atas lori tadilah tu," jawab ayahnya. Kelihatan hampa raut wajah Syafiqah. Perlahan Syafiqah berjalan semula masuk ke bilik.

Syafiqah menghempaskan badannya ke atas katil. Dia memeluk salah satu patung beruangnya sambil menangis. Sungguh dia sayangkan patungnya yang hilang itu kerana dia sering bermain dengan patung itu. Kini patung yang tidak bernyawa itu pun sudah tinggalkan dia. Malam itu Syafiqah menangis semaunya seperti anak kecil.

'Semoga nanti ada tuan baru yang akan jaga dan bermain dengan kau,' bisik hati kecilnya.

Salam, kebanyakan kisah ini adalah kisah benar dan ada sedikit yang iqa tambah adalah dari imaginasi iqa sendiri. Selamat membaca. Harap korang enjoy dengan penulisan iqa. Jangan lupa support untuk iqa teruskan lebih banyak cerita yang menarik. Terima kasih.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience