Petang itu seperti biasa, Nadia dan Yana bermain bersama adik-adik Syafiqah. Faiz dan Hafiz. Tapi kali ini Syafiqah tidak turut serta, kerana sudah serik menjadi bahan ejekan Nadia. Syafiqah lebih selesa bermain seorang diri. Menulis atau bermain patung beruangnya didalam bilik. Ada kebanyakan masa juga, Syafiqah bermain video game.
Akhir tahun cuti sekolah sudah semakin hampir tamat. Tidak lama lagi Syafiqah bakal masuk sekolah menengah. Pelbagai perasaan bercampur baur. Disebalik keterujaannya memiliki seragam sekolah baru, ada juga kebimbangan untuk dia menghadapi suasana dan cikgu baru.
"Along, sini kejap abah dengan mak nak bincang dengan along," Syafiqah yang sedang mengelamun didalam bilik seorang diri membayangkan situasinya disekolah baru itu menghentikan lamunannya lalu bingkas bangun menuju ruang tamu.
Syafiqah duduk bersebelahan ibunya. "Haritu abah pergi sekolah tanya cikgu pasal kelas along, cikgu cakap kelas semua tingkat atas, kelas bawah tak ada," Syafiqah merenung dalam mata ayahnya. Dari percakapan ayahnya, dia seakan sudah faham segalanya.
Dengan keadaan diri Syafiqah seperti itu, mustahil baginya untuk naik tangga kecuali jika dia dipimpin atau didukung naik keatas.
"Cikgu cadang hantar along ke teluk gadung tapi kena duduk asrama disana, abah tolak cadangan cikgu tu, abah cakap along kurang upaya, macam mana nak urus semua sorang diri kat sana," Syafiqah diam mendengar sahaja segala percakapan ayahnya.
"Tapi bila abah fikir balik, ini masa depan along, alonglah yang buat keputusan. Cuma nanti kami risau along dekat sana sorang-sorang," lama Syafiqah termangu berfikir dan mendengar setiap butir bicara ayahnya. Suasana sunyi sebentar.
Budak seusianya harus membuat keputusan yang sukar seperti ini, entah mana kan tahu apa yang terbaik buat dirinya. Adakah setiap keputusannya itu nanti akan membuat dirinya menyesal dikemudian hari?
Setelah berbincang, Syafiqah membuat keputusan berhenti sekolah. Mungkin ada hikmah semua yang berlaku. Semasa sekolah rendah pun Syafiqah sering tertekan dan diserang migrain. Suasana sekolah menengah lebih mencabar dan mungkin akan mempengaruhi kesihatannya. Walaupun pelajaran itu penting, namun emosi mental Syafiqah juga penting.
Mungkin orang sekeliling kurang cakna dengan kesihatan mentalnya, tapi Allah Maha tahu segalanya.
Salam, kebanyakan kisah ini adalah kisah benar dan ada sedikit yang iqa tambah adalah dari imaginasi iqa sendiri. Selamat membaca. Harap korang enjoy dengan penulisan iqa. Jangan lupa support untuk iqa teruskan lebih banyak cerita yang menarik. Terima kasih.
Share this novel