Seawal pagi seperti biasa, setelah dikejutkan oleh ayah Syafiqah akan bangun bersiap untuk ke sekolah. Dia tak pernah suka ke sekolah. Baginya sekolah adalah neraka.
Syafiqah bangun dengan malas menuju ke bilik air. Sebolehnya Syafiqah tak mahu ke sekolah dan duduk dirumah saja lebih seronok. Disekolah, tiada sesiapa yang menghina atau menyakitinya. Masalah terbesar Syafiqah adalah dirinya sendiri.
Syafiqah seorang yang pendiam dan sering menyendiri ketika disekolah. Adakalanya dia diserang migrain akibat tekanan disekolah. Perasaan rendah diri dan cubaan untuk keluar dari sifatnya yang suka menyendiri itu sangat sukar sehingga dia keletihan.
Mengimbas kembali waktu pergi klinik berjumpa dengan doktor Ayu, "biasanya orang dewasa saja yang kena migrain. Budak-budak tak pernah kena migrain," doktor Ayu dan ayah Syafiqah merenung gadis itu dengan penuh tanda tanya.
"Kamu stress ke?" tanya doktor Ayu, Syafiqah menggeleng, tidak mengaku.
Syafiqah bukanlah anak yang begitu bijak tetapi dia cuba menguasai beberapa subjek seperti matematik dan bahasa melayu. Jiran sebelahnya, makcik Lin merupakan tenaga pengajar disebuah sekolah. Setiap petang, Syafiqah sering kerumahnya untuk belajar subjek matematik. Memandangkan tidak lama lagi dia akan menghadapi Ujian Penilaian Sekolah Rendah.
Hasil didikan makcik Lin, Syafiqah berjaya memperolehi markah tertinggi dalam subjek matematik dan mendapat anugerah pelajar cemerlang. Walau bagaimanapun, Syafiqah gagal mendapat A dalam setiap subjeknya. Ada begitupun, Syafiqah bersyukur dengan pencapaian yang diperolehinya.
Share this novel