BAB 1

Horror & Thriller Completed 723

Perodua Axia rona Rose Gold itu meluncur warna merah ke arah sebuah bangunan pencakar langit di tengah bandar Georgetown. Lima minit kemudian kereta tadi terus diparkir di ruangan yang masih kosong. Aabid mencengkam erat setereng kereta sambil matanya meliar-liar memerhati di segenap bangunan itu.

Brek tangan masih tidak ditarik. Hanya pedal brek dipijak untuk memastikan keretanya tidak bergerak. Apa betul ke tempat ni? Aabid bercakap sendirian di dalam hati. Pandangan matanya masih meliar-liar ke luar tingkap.

Namun, segera terhenti sebaik terlihat orang ramai yang lengkap berpakaian kemas sedang berjalan ke suatu arah. Lekas-lekas Aabid mendapatkan beg galasnya yang berada di tempat duduk belakang lalu terus menapak keluar dari perut kereta.

Aabid baru saja pulang ke Malaysia setelah bertahun-tahun lamanya dia berada di luar negara. Pemuda lulusan kursus kejuruteraan ini telah membuat keputusan untuk mencari kerja sementara menunggu permohonannya sebagai jurutera tempatan diterima. Sudah hampir dua bulan Aabid menunggu jawapan tentang permohonannya.

Cuaca pada petang itu sungguh mendamaikan. Kepulan awan yang sedikit kelabu warnanya dilihat sedang berarak perlahan. Sepertinya bumi akan dilimpahi dengan air jernih yang terhasil daripada tangisan sang awan. Aabid terus mengekori orang ramai menuju ke kaunter pertanyaan bangunan itu. Sebelum melangkah masuk, sempat juga dia mengerling ke arah papan tanda yang terletak di luar bangunan tersebut. Papan tanda itu kelihatan masih baru walaupun dinding bangunan dilihat usang. Sepertinya cat di dinding itu sudah lama tidak ditukar ganti.

Ship & Travel, Pantas bibirnya menyebut nama syarikat itu.

“Encik, nak temuduga, ya? Ambil nombor giliran ni kemudian jalan terus ke bilik sana,” ujar seorang gadis kecil molek yang bertugas di kaunter itu sambil menghalakan jari telunjuknya ke arah bilik yang tidak terlalu jauh dari situ.

Aabid hanya mengukirkan senyuman sejurus mendapatkan nombor giliran itu. Segera dia menatap nombor giliran itu. Namun, ada sesuatu yang menarik perhatiannya. Sekali lagi Aabid meneliti kertas yang tertera nombor 005 itu, sepertinya ada sesuatu yang begitu menarik perhatiannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience