BAB 2

Horror & Thriller Completed 723

“Terima kasih,” ucap Aabid kepada gadis kecil molek itu.

Aabid hanya tersenyum-senyum malu sambil mengatur langkah ke bilik temuduga. Sempat juga dia menoleh ke belakang. Anak matanya dapat menangkap reaksi gadis tersebut yang sedang tersenyum malu memandang Aabid. Sepertinya ada sesuatu yang dia mahukan daripada pemuda bertubuh lampai itu.

Pintu bilik yang diperbuat daripada kayu jati itu dikuaknya hemah. Aabid terus menapak masuk dengan wajah yang ceria. Di mulutnya juga tidak lekang dengan menyebut nama ALLAH dan kalimah suci daripada kitab al-Quran. Hatinya juga berasa sedikit gelisah. Bagaimana jika dia tidak diterima bekerja? Namun, lekas-lekas Aabid menenangkan diri. Udara nyaman dihirup sedalamnya sebaik wajah gadis yang baru dikenalinya itu muncul di benaknya.

Beberapa jam telah berlalu, Aabid segera menyelinap keluar dari bilik temuduga. Kumalan renyuk di belakang bajunya segera diusap-usap hingga hilang garisnya. Tali leher bercorak garis serong dibetulkan Aabid hingga dia berpuas hati akan kekemasan penampilannya. Rambut potongan uppercut yang kelihatan lembap disisir rapi.

Aabid segera mengatur langkah ke arah gadis kecil molek itu. Nasibnya begitu baik kerana gadis itu berada di bangku berdekatan dengan kaunter pertanyaan. Mungkin sedang berehat agaknya. Disebelahnya pula masih kosong tidak berpenghuni. Derap kasut yang kedengaran lantang mengejutkan gadis itu yang sedang leka bermain telefon bimbit. Mujur saja pegangan tangannya erat. Reaksi terkejut secara spontan dapat dilihat dengan jelas oleh Aabid. Aabid tersenyum kecil.

“Saya minta maaf kerana mengejutkan awak,” ujar Aabid yang tersenyum manis.

Gadis itu hanya tersenyum malu. Ketara dilihat pipinya berona merah.

“Boleh saya duduk?” soal Aabid.

“Duduklah,” jawab gadis kecil molek itu ringkas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience