BAB 4

Mystery & Detective Completed 406

Ummu Lia berjalan mendekatinya. Bahu Laili Nasura disentuhnya dengan lembut.
Masing – masing berpandangan sesama sendiri.

“ Awak tak perlu takut,” tenang Ummu Lia menuturkan kata – katanya.

Laili Nasura terkesima.

“ Tapi ibu saya.... garang.”

Ummu Lia tersenyum. “ Itu awak jangan bimbang. Dia tak akan tahu.”

Kali ini Laili Nasura betul – betul terkejut. Bagaiamana? Apa yang
membuatkan Ummu Lia pasti dengan kata – katanya itu? “ Awak cakap apa ni?”

Ummu Lia tiba – tiba memegang tangan dan menarik Laili Nasura hingga kebawah
pokok jejawi. Kini tubuh keduanya dilindungi oleh dedaunan yang merimbun
dibawah pohon tersebut. Tidak langsung tersengat dengan terik cahaya
matahari yang mula memanjat langit.

“ Kita rahsiakan persahabatan kita ni dari pengetahuan mak awak.”

“ Kalau dia tahu?”

Ummu Lia ligat mengeleng. “ Percayalah cakap saya. Ibu awak tak akan tahu.
Janji awak jangan beritahu dia yang kita berkawan. Jangan takut,” desak
Ummu Lia apabila melihat wajah Laili Nasura ketakutan dan tidak pasti.

“ Kita boleh main bersama. Kalau awak nak, awak datang saja kesini.
Nanti saya akan datang. Awak jangan takut, percayalah,” bersunggguh –
sungguh benar Ummu Lia cuba menyakinkan Laili Nasura . Lama kemudian barulah
Laili Nasura yakin dan akhirnya menganggukkan kepalanya. Ummu Lia tersenyum
manis. Kalau ibunya tidak tahu, apa salahnya, fikir gadis comel itu
lagi. Dia cuma ingin berkawan. Itu saja. Dan sejak dari hari itu
termeterailah janji diantara Laili Nasura dan Ummu Lia . Rasmi dia sudah
punya rakan sepermainan. Hatinya girang tidak terperi.

Dan dari sejak hari itu Laili Nasura tidak lagi bermain seorang diri.
Seperti yang diberitahu apabila dia menginginkan Ummu Lia dia hanya perlu
berada dibawah pohon jejawi dibelakang rumah. Ummu Lia akan muncul tidak
lama kemudian. Kadang – kadang kehadiran temannya itu menimbulkan juga
rasa curiga didalam hati Laili Nasura . Lalu dia bertanya pada Ummu Lia suatu
hari.

“ Apa yang hendak dihairankan. Saya selalu nampak awak pergi ke pokok
tu. Dari situ saya tahulah yang awak nak berjumpa dengan saya. Saya
selalu datangkan?” itu yang dijawap oleh Ummu Lia . Dan seterusnya
Laili Nasura tidak bertanya lagi. Hari – hari yang dilaluinya dengan penuh
gembira. Kini dia tidak lagi berseorangan.

Berlainan pula dengan Fazlina. Sedikit sebanyak sejak akhir – akhir ini
dia merasa ada sesuatu yang berlaku pada anak gadisnya itu. Meskipun
begitu dek kerana sibuk dengan perniagaan on linenya membuatkan dia
terpaksa melupakan anak gadisnya untuk seketika. Ada masanya kadang –
kadang dia akan memerhatikan Laili Nasura yang seakan – akan buat tidak
peduli pada dirinya lagi.

Masalah itu disuarakan juga pada suaminya pada satu malam. “ Lain benar
saya tengokkan Dayah tu bang,” adu Fazlina pada Azlan. Kedua – duanya
baru saja masuk kedalam kamar. Bersiap - siap untuk tidur.

“ Apa yang lainnya?” soal suaminya.

“ Dia tak macam selalu. Nampak macam dia leka dengan sesuatu.”

“ Apa maksud awak ni Lina?”

Fazlina terdiam. Tidak tahu apa yang patut dia cakapkan pada suaminya.

“ Tapi dia memang nampak lainlah bang sejak kebelakangan ni. Saya pun
dia tak hiraukan. Kadang – kadang tu saya ajak dia makan tengahari pun
dah susah. Kejap – kejap dia keluar, kejap – kejap dia keluar,” luah
Fazlina lagi dengan wajah berkerut seribu.

“ Dia ada berkawan dengan budak – budak luar tak?”

Kata – kata suaminya itu membuatkan Fazlina terkejut. Sepantas kilat dia
berkalih pada suaminya. Renungannya cukup tajam dan menakutkan.

“ Mana ada bang?” balas Fazlina dengan air muka yang terus mencuka. “
Mana ada dia berkawan dengan budak- budak luar.”

Pun begitu hatinya mula dilanda dengan rasa was – was. Kata – kata
suaminya mula menjadi racun dalam lubuk fikirannya. Biar pun dia cuba
menolaknya namun dia akui kata – kata itu membuatkan dia terpenjara
sendiri. Bagaimana jika apa yang diucapkan oleh suaminya itu benar?
Laili Nasura secara senyap – senyap berkawan dengan budak – budak luar? Apa
yang perlu dia buat? Fazlina mula merancang sesuatu. Mungkin ada eloknya
jika dia mengintip pergerakan anaknya selepas ini.

Itulah yang apa yang dilakukan oleh Fazlina terhadap anaknya itu. Usai
saja bersarapan pagi dia sengaja berpura – pura meninggalkan anaknya dan
masuk kedalam bilik kerjanya ditingkat bawah. Sepuluh minit kemudian dia
keluar dan bergerak mencari Laili Nasura . Dia mencari anak gadisnya
ditingkat bawah. Hampa. Bayang Laili Nasura tidak kelihatan. Hatinya mula
panas. Kemudian dia beralih pula ke tingkat atas. Hasilnya sama juga.
Langsung dia tidak menemui Laili Nasura disitu. Bilik tidurnya juga
diperiksa. Selalunya Laili Nasura akan bermain pondok – pondok didalam
kamar tidur apabila bosan. Namun dia hampa sebaik saja mendapati kamar
tidur si kecil itu kosong.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience