BAB 3

Mystery & Detective Completed 406

Lagi pun dia sudah melihat sekeliling kawasan rumah yang baru dibeli
oleh suaminya. Tidak ada jalan masuk selain dari pintu pagar didepan
rumah. Lagi pun rumahnya dikelilingi oleh tembok batu yang agak tinggi.
Mustahil ada orang lain menceroboh masuk. Apatahlagi kanak – kanak
seusia anaknya.

“ Cepat, habiskan makan nasi tu. Nanti ibu nak kerja lagi,” arah Fazlina
sambil mencapai semula cawan tehnya. Lalu dihirup perlahan – lahan
sambil memandang kearah Laili Nasura .

Seperti kelazimannya Laili Nasura tidak dibenarkan bermain diluar rumah.
Lebih – lebih lagi ketika matahari sedang naik. Lalu Fazlina membiarkan
anak tunggalnya itu bermain seorang diri didalam kamarnya. Dia sendiri
sibuk menguruskan perkerjaannya secara on line didalam kamar ditingkat
bawah. Kamar itu memang dijadikan pejabat kecilnya. Mak Limah pula dari
tadi tidak henti - henti bekerja.

Didalam bilik tidurnya Laili Nasura bermain pondok – pondok sendiri.
Patung – patung beruang yang dibeli oleh ibunya dijadikan teman
sepermainan. Becok mulutnya bercerita tentang itu dan ini.

Ketik!

Laili Nasura tersentak. Lama dia memandang kearah tingkap yang terbuka
luas. Langsir berbunga kecil berwarna pink terbuai lembut disapa angin
dari luar. Kemudian matanya beralih pula pada seketul batu kecil yang
terdampar diatas lantai.

Dia bangun dan menghampiri batu tersebut. Batu itu dibelek – beleknya
dahulu sebelum diambilnya. Sekali lagi dia melihat batu yang ada
ditangannya. Dari mana batu ini datang?

Ketik!

Seketul batu lagi melayang masuk dan menghampir – hampir mengenai batang
tubuhnya. Laili Nasura segera berdiri dan berjalan kearah tingkap.
Matanya dilorongkan kebawah.

Seorang gadis berambut panjang sedang berdiri diluar sana sambil
memerhatikan kearahnya. Secubit senyuman menghiasi bibirnya. Kemudian
tangannya diangkat dan dilambai kearah Laili Nasura . Laili Nasura
tersentak. Siapa gadis kecil itu? Lambaiannya seolah – olah memanggil
Laili Nasura . Tidak lama selepas itu gadis yang masih tidak diketahui
namanya itu berlari menuju kearah belakang rumah. Sekali lagi
Laili Nasura tersentak. Kemana dia pergi?

Tanpa menunggu lama lagi Laili Nasura berlari keluar dari kamar tidur.
Terus dia menuruni tangga menuju ketingkat bawah. Jelas bunyi tapak
kakinya berlari menginjak lantai. Mak Limah yang sedang membasuh baju di
ruang kamar mandi tidak diendahkan. Terus saja dia berlari keluar ikut
pintu dapur. Kemudian dia tercanggak – canggak sendiri. Matanya melilau
mencari bayang gadis kecil tadi. Namun tidak juga dia melihatnya dimana
– mana. Kemana dia pergi? Siapa budak perempuan itu? Nyata dia sendiri
tidak mampu menjawapnya.

Kawasan belakang rumahnya diperhatikan lagi. Yang ada cuma sepohon pokok
jejawi yang agak besar saiznya. Daunnya merimbun lebat. Dari atas
rantingnya ada akar – akar halus yang tumbuh menjulur dan tergantung
kebawah. Agak menyeramkan. Daun – daun kering yang gugur dari pokok
jejawi itu bertaburan dibawah.Yang lain hanya ditanam dengan pokok –
pokok renek. Kawasan disitu berumput. Pendek dan kemas. Perlahan – lahan
Laili Nasura melangkah sambil matanya diliarkan kekiri dan kekanan.
Semakin lama dia semakin hampir dengan pokok jejawi ditepi tembok pagar.

Tidak lama kemudian dia terdengar ada bunyi hilaian orang ketawa.
Suaranya kedengaran halus dan kecil. Ketawanya pula kedengaran terputus
– putus. Laili Nasura tertegun sendiri. Berdiri tegak bagaikan patung
batu. Dadanya mula berdebar – debar. Jari - jemarinya diramasnya kuat –
kuat. Begitulah tingkah lakunya bila dia merasa binggung.

“ Siapa tu?” entah kenapa Laili Nasura berani bertanya. Pun begitu
suaranya kedengaran bergetar.

Sapaannya hanya disambut dengan hilai ketawa panjang.

“ Siapa tu? Awak ke tadi?” dari suara yang dia dengar dia pasti suara
itu milik suara budak perempuan.

Laili Nasura terkejut besar apabila mendapati seorang kanak – kanak
perempuan yang hampir dengan usianya muncul dari sebalik pokok jejawi.
Untuk beberapa detik kedua – dua mereka tergamam. Hanya mata masing –
masing bertaut. Mulut pula terkunci rapat.

“ Awak siapa?” soal Laili Nasura dengan perasaan gementar. Terlintas juga
difikirannya bagaimana gadis kecil ini boleh terlepas hingga kesini.
Dari mana dia masuk?

“ Saya Ummu Lia ,” ucap gadis itu sambil tersenyum. “ Nama awak?”

“ Saya.... Laili Nasura ,” sahut gadis bertocang dua itu teragak – agak.
Tidak ada huluran tangan sebagai tanda perkenalan. Laili Nasura tegak
seperti patung. Hanya matanya saja yang kelihatan terpejam celik
memerhatikan raut wajah Ummu Lia . Sepertinya juga, gadis itu berambut
panjang dan dilepaskan terurai kebawah. Tubuhnya lebih kecil sedikit
dari badan Laili Nasura . Kulit cerah seakan – akan pucat.

“ Macam mana awak boleh masuk kesini?” soal Laili Nasura dengan suara
yang masih lagi bergetar.

Mendengar pertanyaan itu Ummu Lia mengukirkan senyumnya. Sejurus kemudian
dia memerhatikan kearah kawasan sekitar. Seakan – akan sedang mengawasi
sesuatu. “ Saya selalu datang kesini.”

Laili Nasura terkejut. Lama dia merenung wajah bujur sirih Ummu Lia .

“ Awak selalu kesini?”

Ummu Lia angguk lagi. “ Dulu – dulu pun saya pernah tinggal disini. Tapi
sekarang tak lagi,” sambung Ummu Lia lagi. Kali ini matanya beralih pada
rumah bercat putih dua tingkat itu. Ada kesayuan tergambar diriak
wajahnya tatkala itu.

“ Saya tak tahu pun,” ulas Laili Nasura . Mula tertarik dengan rakan
barunya itu.

“ Dulu saya memang tinggal didalam rumah ini. Ini dulu rumah ibu bapa
saya,” tambah Ummu Lia lagi. Kali ini dia berjalan menghampiri bahagian
dapur rumah banglo tersebut. Laili Nasura hanya mengekor dengan anak
matanya saja. Tidak pula dia menyangka yang teman barunya itu pernah
tinggal disitu.

“ Sekarang awak duduk dimana?” pantas Laili Nasura bertanya.

Ummu Lia berpusing dan menjawap “ Sekarang saya tinggal dibelakang sana.”

Laili Nasura terus meninjau kebelakang. Namun tembok putih yang agak
tinggi membataskan pandangannya. Mungkin ada rumah lain dibelakang
rumahnya, fikir gadis itu lagi.

Tiba – tiba Laili Nasura diterkam dengan perasaannya sendiri. Bagaimana
jika ibunya tahu akan kemunculan Ummu Lia disini? Mesti dia akan
dimarahinya. Dia tahu yang ibunya tidak suka dia berkawan dengan orang
lain. Itu memang pantang sejak dari dulu lagi. Biar pun dia tidak tahu
kenapa, namun dia sedar tentang itu. Yang boleh menjadi kawannya cuma
Mak Limah, pembantu didalam rumahnya sendiri.

“ Awak,” Laili Nasura memanggil Ummu Lia . Gadis yang leka memerhatikan rumah
dua tingkat itu berkalih lagi kebelakang.

“ Saya rasa elok kalau awak balik sekarang,” pinta Laili Nasura dengan
berat hati. Sebenarnya dia tidak mahu Ummu Lia pergi dari situ. Jauh
didalam hatinya dia teringin benar ingin berkawan dengan Ummu Lia .
Perasaannya memang teruja sekali. Namun bila memikirkan tentang angin
ibunya, dia menjadi kecut dengan tiba – tiba. Kalaulah ibunya tahu?

“ Kenapa?” soal Ummu Lia .

“ Saya takut ibu saya marah nanti,” jujur Laili Nasura memberitahu Ummu Lia .

Ummu Lia diam agak lama.

“ Kenapa dia marah?” tidak lama kemudian Ummu Lia bertanya pula.

“ Ibu saya tak suka saya berkawan dengan orang lain,” terang Laili Nasura
dengan nada sayu. Kepalanya ditundukkan sebentar kebawah sebelum
merenung semula kearah Ummu Lia .

“ Tapi saya memang nak berkawan dengan awak,” ucap Ummu Lia jujur. Kata –
kata itu membuatkan Laili Nasura tersentak.

“ Tak boleh,” sahut Laili Nasura ragu – ragu. Wajah ibunya yang garang
terbayang dilayar fikirannya saat itu.

“ Awak takut dengan mak awak?” soal Ummu Lia bagaikan mencabar
keberaniannya. Laili Nasura diam lagi. Tidak pasti bagaimana dia mahu
menjawap pertanyaan Ummu Lia itu. Hatinya terus berbelah bagi. Keliru.
Tidak lama kemudian dia menganggukkan kepalanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience