Completed
435
“ Mulai sekarang tak ada sesiapa pun boleh sakiti awak. Termasuk ibu
awak. Itu pun kalau awak mahu,” Ummu Lia seolah – olah membuat tawaran pada
teman barunya itu.
Laili Nasura melopong. Tidak faham dengan apa yang baru dia dengar.
“ Saya tak akan benarkan sesiapa pukul dan dera awak lagi. Termasuk ibu
awak. Dia tidak boleh cuit awak walau pun sedikit. Kita boleh bermain
sama – sama selalu. Awak tak akan kehilangan saya lagi. Malah awak akan
punya ramai kawan nanti,” kata Ummu Lia sambil terus tersenyum manis.
“ Tapi....,” Ummu Lia tidak meneruskan ucapannya.
“ Tapi apa?” soal Laili Nasura . Hatinya mula tertarik. Memang dia sudah
serik dipukul dan dikurung didalam rumah. Dia ingin berteman. Dia ingin
berkawan. Dia tidak mahu main seorang diri sambil ditemani dengan patung-patung kaku yang ada didalam kamar tidurnya. Dia sudah bosan. Dia
perlukan kawan yang boleh berbicara, tempat dia mengadu dan bermanja. Yang boleh berkata – kata dengannya. Dia mahu hidup dalam realiti. Bukan dalam alam mimpi.
“ Kalau awak nak, ada syaratnya,” sambung Ummu Lia lagi. Menanti reaksi
rakannya itu.
“ Apa syaratnya.”
“ Awak mesti ikut saya.”
“ Ikut awak. Kemana?”
“ Ke tempat saya. Sana ada ramai kawan yang menanti awak. Awak boleh
berkawan dengan sesiapa saja yang awak suka. Tak ada sesiapa yang boleh
ganggu kita lagi,” senyum dibibir Ummu Lia makin mekar. Menambahkan lagi
keterujaan dihati Laili Nasura .
“ Tempat awak? Tapi tempat awak tu dekat mana? Jauh tak?” soal
Laili Nasura . Tidak menghiraukan akan kedingin malam yang makin kuat
mencengkam. Rambutnya yang panjang terus menari – nari dipukul angin
yang datang.
Mendengar pertanyaan itu Ummu Lia mengekeh ketawa. “ Tak jauh sangat. Di
belakang sana tu,” telunjuk Ummu Lia menunding kearah belakang rumah
Laili Nasura .
“ Awak nak ikut saya?” pelawa Ummu Lia lagi. Senyumnya langsung tidak
lengkang dari bibirnya.
“ Nanti.... kalau ibu saya tahu macam mana? Tentu dia marah lagi,”
Laili Nasura merasa bimbang. Bekas rotan yang ada pada tubuhnya mengingatkan
dia akan ibunya.
Ummu Lia ketawa sambil menggeleng – gelengkan kepalanya. “ Awak tak perlu
takut. Ibu awak tak akan tahu sampai bila – bila. Dia tak akan ganggu
awak lagi. Awak boleh bebas. Bukan kata hendak pukul hendak dekat dengan
awak pun tak boleh. Sebab dia tak tahu pun,” sahut Ummu Lia lagi.
Laili Nasura termenung agak lama.
“ Betul ke?”
Ummu Lia mengangguk. Tangan Laili Nasura diramasnya makin kuat. Cuba
menyakinkan temannya itu.
“ Betul ke ibu saya tak akan pukul saya lagi?”
Sekali lagu Ummu Lia mengangguk. “ Percayalah cakap saya,” senyum dibibir
Ummu Lia kelihatan makin manis.
Akhirnya Laili Nasura menganggukkan kepalanya tanda bersetuju.
“ Mari.... kawan – kawan kita yang lain dah lama tunggu awak,” lalu
tangan Laili Nasura ditarik. Laili Nasura pula mengekori saja arah yang
dibawa oleh Ummu Lia .
Mereka melangkah menuju kearah pokok jejawi dibelakang rumah. Apa yang
dilihat oleh Laili Nasura ketika itu amat memeranjatkannya. Lidahnya
kelu. Jantungnya berdegup kencang. Matanya juga terbeliak besar. Sungguh
dia tidak menyangka dengan apa yang dia lihat ketika itu.
Tidak ada lagi pagar tembok yang berwarna putih memagari kawasan
belakang rumahnya. Pokok jejawi masih berada ditempatnya. Namun kawasan
disekitar pokok itu kini bertukar dengan satu kawasan yang amat lapang.
Luas mata memandang. Ramai kanak – kanak yang hampir seusia dengannya
sedang bermain sesama sendiri. Sesekali gelak ketawa mereka mencubit
cuping telinganya. Pakaian mereka juga amat cantik dan menarik
perhatian. Yang dia pasti setiap riak wajah mereka mengambarkan yang
mereka terlalu gembira. Seolah – olah tidak ada lagi apa yang
merunsingkan mereka. Mereka saling bekerjaran sesama sendiri sambil
bergelak ketawa.
“ Siapa dia orang ni?” soal Laili Nasura sambil memandang kearah Ummu Lia .
“ Itulah kawan – kawan kita. Tengok dia seronok bermain. Awak pun boleh
ikut serta,” pelawa Ummu Lia dengan wajah yang manis.
“ Mari....,” tangan Laili Nasura ditarik lembut lagi. Perlahan – lahan
Laili Nasura melangkah. Diwaktu yang sama tubuhnya mula pudar sedikit
demi sedikit ditelan kegelapan malam dan akhirnya menghilang.
Laili Nasura tidak memperdulikan tentang ibu dan ayahnya lagi. Apa yang
terhidang didepan matanya lebih menarik perhatiannya. Dia ingin berkawan
dan bergembira. Itu saja. Sejak dari itu Laili Nasura tidak pulang lagi
ke rumah. Dia sudah melangkah masuk ke alam lain. Fazlina yang
kehilangan anaknya meracau seperti orang gila. Kehilangan anaknya itu
masih lagi tidak berjawap hingga kesaat ini. Biar sedaya-upaya dia
menjaga dan mengawal anaknya selama ini, namun apa yang berlaku tidak
mampu ditolaknya dengan kudrat yang ada.
Share this novel