BAB 8

Romance Completed 8100

Qairin tersedar apabila merasakan cahaya metahari meyentuh wajahnya. Sebaik terjaga dia terus menjerit kuat. Sakit hatinya masih berbisa. Rambutnya digengam.

“Riqzi bodoh! Cindy jahanam!” jeritnya. Dia terus meluru keluar dari bilik. Dalam fikirannya hanya ingin mencari ketenangan akibat dibelot oleh orang yang dipercayainya. Bush! Qarin menhempaskan tubunya kedalam kolam renang. Hanya itu yang boleh membuatkannya tenang. Dari jauh puan aiza mengeluh melihat Qarin.

Dia terluka melihat Qarin begitu. Tak penah dia menduga perkara ini akan terjadi. Masih teringat lagi wajah ceria Qarin yang mengkhabarkan bahawa dia akan membuat persembahan untuk hari terbuka kolej dan akan membuat persembahan dengan riqzi…dapat dilihat kesungguhan Qarin mengubah lagu ciptanya sendiri dan kesungguhan Qarin dalam dunia music membuatkan dia tersenyum. Kesungguhan Qarin mengingatkan dia kepada seseorang.

Seseorang yang dicintai iaitu suaminya. Bunyi pintu enjin kereta dilaman mematikan aktivinya yang megintai Qarin dari jauh.

“Mama mana Amani?” soal Qairul sebaik sahaja tiba dirumah. Pagi-pagi lagi suaminya terpaksa menjemput anak lelakinya di airport. Pipi Puan Aiza dicium lembut. Selagi tidak berjumpa dengan Qarin mata ke mata membutkannya risau.

“Dia dekat kolam belakang rumah.” ujar Puan Aiza. Dia tahu tika ini hanya Qairul yang dapat menenangkannya.

Qairul berlari anak menuju kearah kolam renang. Dia terus menerpa Qarin yang sedang duduk ditepi kolam sambil kakinya terjulur kedalam air. Towel dikerusi diambil dia membalutkan tubuh Qarin yang basah. Bahu Qarin dipeluk.

“Sakit rasanya dikhianati oleh orang yang kita percaya…”

“Sabar sayang. Abang pasti semua itu ada hikmahnya” pujuk Qairul.

Mp3 ditangan ditekan. Cuba mendengar semua lagu ciptanya. Hanya ini sahaja yang tinggal yang lain sudah pun dicuri oleh manusia yang tak bertamadun. Dia mengeluh. Sekarang dia cuba untuk melupakan semua belenggu yang menimpanya.

Sebaik sahaja malam Trent habis dia terus menghantar surat berhenti kolej. Dia sudah malas untuk meneruskan pengajian di kolej tersebut walaupun ia merupakan kolej music terbaik di Malaysia. Hatinya sudah tawar dalam bidang music walaupun cinta dan impainnya dalam dunia ini.

Qarin menyarung cast guitar nya dibelakang. Langkahnya terhenti apabila melihat orang ramai berkumpul disatu sudut. Kedengaran bunyi petikan gitar berbunyi. Bunyi petikan guitar membuatkan langkahnya terhenti.

Dia menghampiri tempat orang ramai berkumpul. Dia terpegun mendengar alunan musik yang dimainkan. Matanya jatuh ke arah seorang pemuda yang sedang kusyuk bermain gitar sambil matanya terpejam seolah-olah dia tidak sedar apa yang berlaku disekelilingnya wajahnya ditutupi dengan depan topi membutkan dia tidak dapat melihat wajah sebenar pemain guitar tersebut. Qarin tersenyum. Suaramu musik ku.

Qarin duduk dibangku bertentangaan kerusi pemuda tersebut sambil menghayati not-not petikan guitar tersebut. Mp3 ditangan digengam erat. Sebelum tersenyum. Perlahan-lahan dia menghampiri pemuda itu sebelum membisikkan sesuatu ditelinga seorang kanak-kanak lelaki ditepinya. Mp3 bertukar tangan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience