BAB 10

Romance Completed 8101

“Ini la kelemahan bos. Sebaik sahaja bos keluar dari bilik ini muka bos itu orang dahaga nak hisap darah manusia tegang sangat. Tak pernah nak senyum. Itu sebab dia terkucil sebelum jumpa bos”

Qairin masih bersuara lembut. Tak tahu kenapa dia masih setia disitu walaupun dimarah teruk Zahirul. Zahirul dia sejenak. Timbang tara apa yang diucapkan oleh qairin. Cermin disatu sudut dicapai. muka ditilik. Qairin yang melihat ingin ketawa. Bos ini ada masalah kurang kasih sayang ini. hahaha.

“Kau nak aku buat apa?” soal zahirul sebaik selesai menilik wajahnya.

“Senyum bos. Senyum tak perlu kata apa-apa” sempat Qairin menyanyi serangkap lagu Senyum.

“Takkan la 24 jam aku nak senyum” nada suara itu masih bengis. Qairin mengangguk laju-laju.

“Senyum macam ini ke?” Zahirul menarik senyum. Cuba practice senyum mungkin. Qairin yang melihat pura-pura jatuh.

“Bos tak tahan tengok senyum bos.” tegur Qairin. Zahirul dah bangit menghampiri qairin. Tiba-tiba qairin jatuh terkejut jugak dia.

“Kau kenapa ini?” soal Zahirul kasar sebaik sahaja melihata qairin masih okay.

“Bos punya senyum mengancam jantung saya la” suara Qairin sambal tersengih. Merah padam muka Zahirul.

“Sudah keluar. Pergi buat apa yang aku suruh” jerit Zahirul lantang. Kelam-kabut Qairin berlari keluar.

“Asal ini?” tegur Lena sebaik sahaja qairin keluar dari bilik Bos Besar.

“Lepas ini kau tengok la keajaiban dunia” Qairin sengih sebelum berlalu. Lena hanya membiarkan qairin. Budak itu dah tak betul bila kerja dengan Zahirul.

“Apa-apa je la”

“Kenapa?”

“Awak jiwa saya yang hilang. Diri saya mati dengan music tapi awak dah tiupkan balik jiwa saya” perlahan Qairin bersuara. Zahirul yang berada tidak jauh darinya hanya terdiam.

“Kenapa rahsiakan perkara ini?”

“Seronok tengok awak macam orang gila cari saya” Qairin ketawa mengekek.

Dia mengambil keputusan memberitahu hal sebenar selepas puas mengenakan Zahirul. Korang ingat tak masa Qairin suruh Zahirul senyum? Nak tahu apa jadi. Haq studio dilanda ribut. Ramai kakitangan Haq studio memasang ‘perisai’.

Yang beragama Islam memanggil ustaz untuk berubat. KatanyaZahirul bukan la Zahirul yang asal. Sikapnya terbalik. Garang jadi lembut, masam jadi manis. Lebih kurang semuanya berubah. Semua perkerja mengelak bila bertembung Zahirul. Manakala yang bukan beragama Islam memasang tangkal. Memang keadaan menjadi tak tentu arah. Takut kena rasuk.

“Awak mainkan saya” jerit Zahirul.

Dia menarik muka kelat. Dia hanya menahan kata-kata orang sekeliling. Dia tak betul la, kena sampuk la, baru ambik rawatan jiwa la. Macam-macam la. Sampaikan dia tak tahan. Zara dekat rumah pun sama pot pet. Semuanya kerana menurut kata Qairin yang miss melody tak suka orang muka ketat macam dia. Tak sangka pulak miss melody itu Qairin Amani.

“Awak saya suka awak!” jerit Qairin dari jauh. Jarak antara mereka 50 meter. Belum pun sempat Zahirul menarik muka dia senyum mendengar luahan dari Qairin. Dia pun sama.

“Qairin!” jerit Zahirul dia mengejar Qairin.

Tapi sempat dielak dari Qairin. Mereka berlari di dalam Haq studio. Zara yang sedari menjadi pengawal hanya tersenyum. Akhirnya dia orang jumpa jugak. suka betul qairin mengenakan abangnya sampai jadi sawan cinta.

Gotchanak buat lagu tajuk sawan cinta! Jerit hati Zara.

Sejam sebelum…

Zahirul memerhati nota kecil yang berada diatas meja. Ada dua. Bos dah jumpa miss melody~qairin

Dear my music,

Gembira jumpa dengan awak kembali.jumpa dekat studio utama haq.

Miss melody

Tanpa menunggu lama Zahirul berlari keluar dari pejabat. Studio utama dituju. Sebaik sahaja kakinya melangkah masuk studio itu bergema dengan music yang cukup dirinduinya. Bunyi geseran biola begitu merdu. Di atas pentas kelihatan gadis yang memakai topeng power ranger. Again? Sebaik sahaja topeng itu ditangan dia terkejut melihat wajah disebalik. Qairin?

‘’Ini adalah lagu cinta untukmu, rindu tak?’’ tanya dengan senyuman manis. Mereka berbalas senyuman sebelum Zahirul bingkas berjalan ke arahnya dan memeluk dirinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience