BAB 5

Romance Completed 8100

Qarin melampai-lampai tangannya sebaik melihat orang yang ditunggunya
melangkah masuk kearah MCD tersebut.

“Susah betul la nak jumpa miss popular kita ni…”gurau Qairin. Sedikit sebanyak rasa kagum dia terhadap sahabat dihadapannya itu. Siapa sangka Zara gadis yang dulu kuat berangan akhirnya capai jugak cita-citanya untuk menjadi pelakon.

“Biasa la shooting”Zara tersenyum.

“Shooting ke dating?”Qarin tersengih. Masakan dia tak tahu heboh satu Malaysia Zara bermain cinta dengan Syah penyanyi yang juga berada di bawah Haq studio.

“Gosipla…”tangkas Zara.

“Weh! pe cite pasal kau dengan abang aku” soal Zara. Qarin sudah pun tersengih.

“Dia masih tak tahu and aku ada surprise untuk dia”

“Surprise???Cete la kat aku…” pujuk Zara.

“Nope. Nak tahu kau kene datang waktu konsert Mega Fantasi.”

“Kau ni tak habis-habis fantasi..Kau tahu tak apa motif aku bagi kau kerja dengan abang aku. Aku bukan suruh kau mengatal dengan fantasi” marah Zara dia dapat merasakanplannya sudah pun melencung ke arah lain.

Qarin menghirup perlahan air yang dipesannya sebelum Zara datang.

“Zara” perlahan Qarin menyeru nama Zara. Zara memandang Qarin hairan.

“Kau asal ni? Naik seram aku dengar kau panggil nama aku”

“Abang kau tu betul-betul besi kan…” Sinis Qarin

“Aku cintakan music kerana music aku kenal dia dan kerana music aku jumpa dia balik”sambung Qarin.

“Tapi tak sangka ‘dia’ adalah abang kau..”Zara hanya mendengar kata-kata Qarin. Peristiwa dulu mengimbas kembali.

“Opss! Sebelum aku lupa ni lagu baru kau…hari tu bising suruh aku buat lagu untuk kau.”Qarin menghulurkan sekeping CD kepada Zara.

“Serius…??? Tak sangka cepat betul kau siapkan…”Zara terujuk CD tersebut di capai dan dibeleknya. Jelas kelihatan wajah terujunya. Qarin hanya tersenyum.

“Kau tahu aku suruh abang aku buat sampai sekarang tak siap lagi. Geram betul aku.” Adu Zara.

“Abang kau tu busy skarang sibuk dengan konset besar-besaran nanti..”Bela Qarin. Zara tersenyum mengejek. Qarin buat tak tahu. Dia tahu apa yang cuba dimaksudkan oleh Zara.

*****

Qarin menyarung cast guitar nya dibelakang. Langkahnya terhenti apabila melihat orang ramai berkumpul disatu sudut. Kedengaran bunyi petikan gitar. bunyi petikan guitar membuatkan langkahnya terhenti. Dia menghampiri tempat orang ramai berkumpul. dia terpegun mendengar alunan music yang dimainkan.

Matanya jatuh kearah seorang pemuda yang sedang leka bermain gitar sambil matanya terpejam seolah-olah dia tidak sedar apa yang berlaku disekelilingnya wajahnya ditutupi dengan depan topi membutkan dia tidak dapat melihat wajah sebenar pemain guitar tersebut. Qarin tersenyum. suaramu music ku.

Qarin duduk dibangku bertentangaan kerusi pemuda tersebut sambil menghayati not-not petikan guitar tersebut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience