BAB 3

Romance Completed 8100

Zahirul yang sedang leka menyemak fail terkejut apabila mendengar satu jeritan yang kuat.

“Budak ni memang saja nak buat aku sakit jantung agaknya….”rungut Zahirul dia memandang kearah Qarin sepintas lalu sebelum menyambung menyemak fail tersebut.

“Bos”Zahirul mendongak apabila mendengar satu suara memanggilnya. Qarin meletakakn satu dulang yang berisi 2 cup maggi dan dua cawan air kopi di atas meja Zahirul. Zahirul bersandar pada kerusi dia memandang kearah Qarin yang sudah pun duduk dihadapannya.

“Jom kita makan maggi”Qarin tersengih.

“Maggi??”

“Tu je yang ada bos kalu nak makan benda lain kenala beli sendiri”Qarin meniup maggi cup sebelum mendarat kedalam mulutnya. Mmmmm sedapnya. Al-maklum la ni je untuk malam ni. Huhuhu

Zahirul hanya memandang Qarin. Perlahan-lahan dia mencapai maggi cup yang dibancuh Qarin. Aduh sedap la pulak getusnya…

“Bos bila nak balik…?”soal Qarin

“Awak tu bila nak balik?”soalan dijawap dengan soalan. Qarin mengaru kepalanya yang tak gatal. Zahirul tersenyum melihat Qarin.

“Saya tanyabos dulu…bos jawap dulu…”protes Qarin.

“Kalau saya tak nak jawap” Zahirul tersenyum.Jarang dia dapat bercakap dengan PA nya itu. Kalau ada pun tentang hal kerja.

“Bos nak tahu sesuatu tak…?”Qarin mengangkat kening.

“Apa?”soal Zahirul pelik melihat mimik muka Qarin.

“Bos nampak sweet bila senyum”Qarin ketawa kuat kerana dapat mengenakan bosnya. Dia tak kesah walaupun Zahirul selalu menengkingnya,marah-marah,jerit-jerit.

Dia selesa kerja dengan suasana yang bising tambahan lagi dengan sikap Zahirul yang tak suka mengambil pusing hal sekeliling itu sudah membuatkan dia selesa. Mati senyum Zahirul.

‘Cis budak ni kenakan aku pulak’ gerutunya. Zahirul hanya diam dia sendiri pelik dengan sikap Qarin bila dihendik, dimarah,ditengking tapi Qarin sikit pun tak kesah. Malas dia nak ambik tahu. Magi yang masih bersisa dihabiskan.

“Bossaya nak ingatkan sesuatu sebelum balik ni”Qarin membetulkan cermin mata besarnya itu.
Zahirul hanya diam sambil memerhati Qarin.

“Esok bos kena turun untuk buat ujibakat suara baru…”jelas Qarin dia meletakakn satu stick note dihadapan computer Zahirul.

“Ni saya dah letakkan stick note. Okey saya balik dulu…”Qarin berlalu meningglkan Zahirul yang masih leka memandang stick notenya.

“Balik naik apa?”suara Zahirul mematikan langkah Qarin hanya tersenyum dan berlalu. Zahirul menjungkit bahu. ingatkan nak hantar tadi dah orang tak sudi apa boleh buat. Malas nak layan.

Qarin meletakakn tiga botol air mineral ke atas meja yang disediakan untuk ujibakat. Haq studio akan menjalankan ujibakat untuk mencari penyanyi baru. Qarin duduk ditepi pentas. Kelihatan Zahirul merangkap pengarah Haq studio, Amar selaku composer,dan Naufal sebagai guru vocal
sudah mengambil tempat.

Seorang demi seorang peserta naik diatas pentas untuk diuji. Matanya memandang tepat ke arah Zahirul sebagai PA lelaki tersebut dia perlu sentiasa berada di sisi zhirul apabila waktu kerja. Lelaki itu hanya memerhati boring penyertaan sedikit pun dia tidak memandang kearah peserta. Sikap dingin Zahirul seolah-olah mempunyai aura hitam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience