BAB 9

Romance Completed 8100

Dibelakang tabir suasana semakin sesak dengan jurumekap, penari, pemain musik, peraka tari dan sebagainya. Qarin tak menang tangan. Hampir 200% kejayaan konsert ini berada ditangannya. Dia meneguk rakus air mineral. Dari jauh kelihatan susuk zara yang menghampirinya. Melampai-lampai Qarin.

“Jadi tak?” soal Zara. Baru sempat nak jenguk qairin. Dia tahu sahabatnya itu penat. Orang penting la katakan.

“Penat. Tapi rancangan still on” qairin angkat kening. Penat belakang cerita yang penting dia nak dapatkan jiwanya sebentar lagi.

“Aku harap kau berjaya. Tak sabar nak tengok apa yang akan terjadi nanti. Aku datang ini semata-mata nak tengok surpise kau tu”

“Tunggu la sampai habis”

“Weh aku tunggu kau dekat bawah la. Kejap lagi nak tengok final konsert” bahu Qairin ditepuk perlahan. Qairin mengangguk. Bayang Zara semakin menghilang. Dia kembali dalam kesibukkan.

Kawasan dewan itu sunyi. Hanya kerja membersih yang berlangsung sekarang. Dari arah bawah pentas kelihatan Zara masih setia dikerusi penonton. Disebelahnya Syah, rakan kontroversinya sekarang.

Tidak jauh dari situ kelihantan Zahirul yang berbincang dengan pengurus pentas. Mungkin beruding untuk next konsert. Zara mengarahkan Eroz memadangkan lampu dalam dewan. Hanya lampu spotlight sahaja yang menyalah. Tepat menyuluh Zahirul. Zahirul dah berkerut. Terkejut bila lampu dipadam dengan mengejut. Telefon dikeluarkan.

Qairin yang melihat wajah cemerut zahirul menahan tawa. Lelaki itu tak suka perkara yang remeh-temeh, apa yang dia tahu serius memanjang. Sekali lagi Qairin memberi isyarat dekat Eroz. Dan sekelip mata pentas tersebut bercahaya dengan rakaman video. Zahirul tersentak. Rakaman seorang gadis yang memakai topeng power ranger sedang bermain piano. Dan lagu itu…

“Kan saya suruh cari siapa yang bertanggungjawab pasal video itu” terjongket bahu qairin mendengar jerkahan zahirul. Kus semangat. Orang tua ini memang dah jadi Gotzila. Haha. Dia hanya menahan gerun.

“Bos penting ke?” mencerlung anak mata zahirul melihat wajah pembantunya itu.

“Yang kau banyak tanya kenapa? Buat apa yang aku suruh”

“Saya pun nak jugak tahu siapa itu. senang saya nak jejak dia” Qairin masih selamba. Buat-buat berani dengan muka gotzila si Zahirul.

“Dia ilham saya. Dia sumber kekuatan saya” perlahan Zahirul bersuara. Dia menunduk lesu. Tak tahu sebab apa sekarang dia sedang meluahkan perasaan dengan pembantunya itu. mengeluh lesu Zahirul. Sangkanya sebaik sahaja tayangan itu tamat, miss melody akan muncul tapi…

“Bos garang sangat sampai dia takut nak munculkan diri kot” wajah yang kedur tadi kembali tegang.

“Awak siapa yang sesuka hati cakap macam itu.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience