BAB 7

Romance Completed 8101

“Amani bukak pintu ni sayang” pujuk Puan Aiza.

Dia risau melihat keadaan anak bongsunya tu. Sejak mendapat khabar tentang perkara itu Qarin terus berlari masuk ke dalam bilik dan mengamuk. Dia yang sekali bilik anaknya itu dah seperti tempat perbuangan sampah sarap. Tuan Omar cuba menenagkan isterinya yang sudah pun menangis dihapan bilik Qarin. Dia sendiri turut merasakan kerisauauan yang sama.

“Tuti pergi ambil kunci spare dekat almari ruang tamu” arah Tuan Omar tegas.

Tergopoh-gopoh tuti merangkap orang gaji dirumah itu berlari mndapatkan kunci spare apabila mendapat arah tegas dari majikannya. Sebaik sahaja pintu bilik dibuka. Puan aiza berlari mendapatkan Qarin. Dia memeluk tubuh Qarin. Teresak-esak Qarin menangis dibahu Puan Aiza. Tuan Omar turut membalas pelukan tersebut.

“Qarin Amani, puteri mama”sayu Puan Aiza bersuara.

“Amani benci dia ma, benci..” rintih Qarin.

“Tak akan penah ada ungkapan maaf untuk dia” tekad Qarin. Puan Aiza hanya mengeleng dia tahu kalau putih kata Qarin makne nya putih la tak ada hitam, merah ataupun yang lain. Puan Aiza menyelimutkan Qarin yang sudah pun tidur. Perlahan-lahan dia melangkah keluar dari bilik Qarin.

Bilik yang tadi berselerak sudah siap dikemas oleh Tuti semasa mereka cuba menenangkan Qarin. Puan Aiza mengambil tempat disebelah Tuan Omar yang sedang sandar disofa ruang tamu mereka.

“mama tak sangka yang si Riqki sanggup buat anak kita macam tu…” kesal Puan Aiza.

“Qairul tahu apa ynag berlaku..?” soal Tuan Omar. Puan Aiza hanya mengangguk.

“Dia la orang pertama yang Amani call. Papa pasti sekarang ini Qai dah naik flight” Tuan Omar tersenyum. Dia tahu anak bongsunya itu amat rapat dengan Qairul. Hampir setiap permintaan Qarin tak penah dihampakan.

Siapa sangka kawan baik sendiri tikam belakang. Sebaik sahaja Qarin sampai di showcase dimana dia akan membuat pergandingan bersama Riqki teman lelakinya, dia terkedu melihat Riqzi sedang bercumbuan dengan sahabat baiknya sendiri Cindy dibelakang pentas.

Paling yang dia tak boleh nak terima lagu ciptanya turut diciplak dan dicuri. Hatinya sakit. Telalu banyak yang membuatkan dia terluka. Akibat terlalu marah melayang dua penampar dimuka mereka. Showcase yang dirancang bersama hancur. Musnah sama seperti perasaannya selama ini. Sejak itu dia benci music.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience