Bab11{Siapakah pemilik takhta itu?}

Fantasy Completed 6400

Setahun berlalu terlalu cepat sehinggakan Raesya dan Raysa tidak sedar tahun itu di mana pemilihan pewaris takhta yang baharu perlu dilantik.
Disebabkan Raesya dan Raysa memutus kata sepakat untuk tidak menjadi pewaris seterusnya,Raja Syedh perlu mengambil anak angkat bagi menjadi pewaris takhta itu.Seorang budak lelaki yang merupakan seumur dengan Raesya dan Raysa kini tinggal bersama mereka di istana.Budak lelaki itu bernama Shahrin Radzi ,namun telah ditukar kepada Tengku Shahrin Radzi.Mereka juga sering luangkan masa untuk bersama dengan adik baru mereka.Hari pemilihan pewaris takhta yang seterusnya terpaksa ditunggak.

Tengku atau lebih senang digelar Shah diajar untuk menjadi orang yang bertamadun,bersopan,bertanggungjawab dan macam macam lagi.Ini bertujuan supaya dia dapat menjadi raja yang bertanggungjawab.

Hari demi hari berlalu...
Shah semakin bertanggungjawab dan sentiasa menjaga adab.Dia mengambil masa setahun untuk arif akan perkara perkara ini kerana sasa hidupnya dia menghadapi kesukaran.Dia dari keluarga yang kurang senang.Satu hari ibubapanya terlibat dalam suatu kemalangan ketika bapanya yang bernama, Rozlan Ismail baru sahaja pulang dari kerjanya dan ingin menjemput ibunya,Siti Aisyah pulang dari kerja.Bapanya kerja sebagai tukang kasut di sebuah kedai yang sangat kecil.Ibunya pula kerja sebagai penjual kuih.Shah ketika itu baru sahaja pulang dari surau kerana dia ada kelas mengaji setiap hari jumaat.Ibubapanya menaiki motorsikal dan ketika itu hujan renyai renyai serta keadaan persekitaran yang gelap ,mungkin sebab langit mendung kerana masa itu baru jam 5.00petang.Malang tidak berbau ,tanpa disedari ada sebuah lori menghala ke laluan yang sama berhadapan.Mungkin lori itu ingin memotong kerana disangka tiada kenderaan di jalan kiri ketika itu.Lori tersebut tidak dapat brek kerana tayarnya licin lalu terhentam motorsikal ibubapanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience