Bab4{Kelas Muzik}

Fantasy Completed 6400

Raysa termenung sambil memikirkan tawaran yang diberikan bondanya kepada dia dan Raesya.Dia tahu bahawa tujuan bondanya memberikan tawaran untuk ke kelas muzik itu adalah bagi membaiki hubungannya dengan Raesya.Namun yang dirisaukannya adalah sama ada dia perlu setuju atau menok tawarannya itu.Dia sendiri mempunyai rasa hendak menyetujui tawaran itu namun separuh lagi perasaannya hendak menolak tawaran itu.Dia takut jika dia menyetujui tawaran itu,tapi Raesya pula menolak.Oleh itu,dia telah berbincang dengan Permaisuri Miranda lebih awal dari Raesya.Permaisuri Miranda telah berjanji kepadanya untuk memujuk Raesya sekiranya dia menolak tawaran itu.

Raysa sangat mempercayai bondanya,ini kerana Permaisuri Miranda adalah antara orang yg sangat boleh dipercayai dalam senarai hidupnya.Sebab itu jugalah,dia sering meluahkan perasaannya kepada Permaisuri Miranda.Kesemua rahsia hatinya disimpan oleh bondanya,termasuk rahsia yg Raesya sendiri tidak tahu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience