Bab10{Tanpa disangka}

Fantasy Completed 6400

Petang itu,Raesya dan Raysa sekali lagi dipanggil untuk berjumpa Raja Syedh dan Permaisuri Miranda di kamar mereka.
"Assalamualaikum" Kedengaran Raesya dan Raysa memberi salam sambil mengetuk pintu beberapa kali."Waalaikumsalam"jawab Permaisuri Miranda sambil membuka pintu bagi membolehkan mereka masuk.
"Kmu dua duduk di sini,ada benda kmi nak bincang dengan kamu berdua " arah Raja Syedh sambil memberi isyarat supaya mereka duduk berhadapan dengan dia.

"Begini...ayahanda nak tanya betul tak kmu dua sdh berbaik?" tanya Raja Syedh. "Betul,ayahanda!" jawab mereka serentak."Baiklah kalau begitu ayahanda nak batalkan kontrak kmu."kata Raja Syedh.
Raesya yg dengar akan apa yg disampaikan Raja Syedh terus menyiku Raysa dengan pandangan yang seakan akan dia ingin teriak sekuat hati.Namun,Raysa memberi isyarat untuk menutup mulut.

Namun mesyuarat itu terganggu apabila Permaisuri Miranda yang berada di katil tiba tiba berteriak.Kesemua orang yg berada di dalam bilik itu mula panik.Raesya dengan segera mendapatkan telefon pintarnya dan memanggilnya ambulans.Sementara menunggu ketibaan ambulans,Permaisuri Miranda diangkat dengan perlahan ke ruang tamu agar senang bagi pihak hospital untuk mengangkatnya.
Beberapa minit kemudian,ambulans tiba,Permaisuri Miranda diangkat ke dalam ambulans tersebut lalu dibawa ke hospital.Keadaan istana ketika itu amat huru hara.Kesemua mereka panik dan takut sekiranya apa apa terjadi kepada Permaisuri Miranda.
Oleh itu,Raja Syedh mengambil keputusan untuk ke hospital dengan segera manakala anak kembarnya tinggal di rumah.

Sudah lewat malam kelibat Raja Syedh dan Permaisuri Miranda masih belum kelihatan.Ini membuatkan Raesya dan Raysa bertambah risau,mereka ketika itu berada di beranda bilik Raesya.Mereka masing masing dilamun rasa yang teramat risau.Siapalah tak risau kalau ibu mereka masuk hospital.
Tiba tiba suatu suara memecahkan kesunyian,"Assalamualaikum cik...saya ada buatkan teh.."kedengaran suara Puan Raihana memberi salam."Waalaikumsalam... Terima kasih.."jawab Raesya."Sama sama cik..,izinkan saya keluar ya cik...?"tanya Puan Raihana lembut."Baiklah.."jawab Raesya sambil tersenyum paksa.
Malam itu merupakan malam yang tidak Boleh mereka lupakan selamanya.Akhirnya,mereka tertidur di beranda .Puan Aliya yang meronda sekitar kawasan itu ternampak lampu yang masih menyala.Dia dengan segera membangunkan Raesya dan Raysa agar tidur di atas katil Raesya dan mematikan suis lampu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience