Bab2{Mesyuarat Agung Diraja}

Fantasy Completed 6400

Hari yang ditunggu tunggu akhirnya tiba....
Raja Syedh Iskandar sedang bersiap sedia untuk menghadiri Mesyuarat Agung Diraja.Tahun ini ia diadakan di negara yang cukup terkenal dengan pembangunan yang pesat,iaitu negara Kamarudin(butler Raja Syedh) pula sedang menunggu Raja Syedh di hadapan sebuah kereta mewah yang bernilai kira kira $120,000 juta sambil membuka pintu untuknya.

Raja Syedh Iskandar cukup terkenal dengan sikapnya yang berhati murah serta bertanggungjawab.Raja Syedh mempunyai dua anak perempuan kembar,masing masing berpendidikan tinggi.Namun begitu,Raja Syedh dan permaisuri Miranda bakal menimang anak ketiga.Setakat ni bayi di dalam kandungan itu masih belum diketahui jantinanya.

Beberapa minit kemudian..
Raesya,Raysa,Permaisuri Miranda dan pihak istana berkumpul di luar istana untuk memberi hormat kepada Raja Syedh sebelum dia menaiki kenderaan mewah tersebut.Ia merupakan adat turun temurun dimana jika seseorang yang tinggi darjatnya ingin pergi ke mana mana sahaja,kesemua ahli keluarga serta pihak istana perlulah bersama sama berkumpul di luar demi menunjukkan rasa hormat kita terhadapnya.

Raja Syedh bakal pulang dalam masa yiga hari,ini kerana untuk sampai ke negara Metropolitan mengambil masa yang sangat lama.Raja Syedh juga perlu menaiki kapal terbang selama 5 jam sebelum mendarat di daratan.

Setelah Raja Syedh bertolak dengan menaiki kenderaan tersebut...
Kesemua pihak istana meminta izin untuk menyambung kerja kerja mereka.Permaisuri Miranda atau nama penuhnya Permaisuri Rosma Dina kembali ke kamarnya untuk berehat seketika.Manakala Raesya dan Raysa menuju ke kolam air panas dengan ditemani dayang dayang istana.Kolam air panas tersebut telah dibahagikan menjadi dua buah kolam air panas .Ini kerana Raesya dan Raysa sering bergaduh walaupun ketika berada di dalam kolam tersebut.

Sementara dayang dayang istana meletakkan bunga kasturi dikedua buah kolam,Raesya duduk di bangku yang tidak jauh dari kolam tersebut sambil menyapu losyen.Namum sesuatu yang tidak dijangka berlaku.
Raysa mendekati bangku yang diduduki oleh Raesya sambil menghulurkan sekeping surat.Raesya yang baru sedar akan hal tersebut berasa curiga."Apa ni?"tanya Raesya.Raysa dengan malas menjawab"Baca je lah!".Raesya yang tadi berasa curiga terus bertukar kepada marah.Raesya jenis yang kalau ditanya mesti dijawab,kalau pertanyaannya tidak dijawab maka mengganas lah dia.Raesya dengan ganas menarik kertas lalu membacanya.Selesai sahaja dia membaca kertas tersebut,keningnya berkerut."Siapa bagi kau surat ni?"tanya Raesya."Puan Aisyah"jawab Raysa selamba sambil berjalan ke arah kolam.Sekali lagi Raesya diliputi rasa curiga.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience