Bab6{Hari pertama Kelas Muzik}

Fantasy Completed 6400

Selesai menjamu santapan siang,Raesya dan Raysa bersiap untuk ke Kelas Muzik mereka yg pertama.Kelas Muzik ini adalah pusat latihan alatan muzik untuk para puteri dan putera.Mereka boleh memilih alatan muzik yg hendak dipelajari.
Beberapa minit kemudian,Raesya dan Raysa telah berada di hadapan sebuah bangunan mewah yang menyerupai bangunan Pantheon.Pantheon adalah sebuah bangunan yang telah lama dibina sejak dari tamadun Rom.Ia merupakan tempat penyembahan dewa dewi.Bangunan tersebut masih kekal kukuh hingga ke hari ini.
Sebaik mereka melangkah masuk Bangunan itu,kelihatan seorang wanita kira kira dalam lingkungan 30 an.Dia merupakan orang yg paling berkuasa di situ."Selamat Datang ke Akademik Muzik!"kata Wanita itu."Saya Marie Lascaris...gembira bertemu..."kata wanita yang bernama Marie itu dengan penuh yakin."Gembira bertemu awak juga Cik...."percakapan mereka berdua terhenti seketika."Ooo...awak boleh panggil saya Cik Marie"katanya.
"Ya...Cik Marie..."jawab mereka tidak yakin ."Saya Raesya"kata Raesya sambil menghulurkan tangannya."Saya pula Raysa...panggil je Ray"jawab Raysa pula sambil berjabat tangan dengan Cik Marie."Baiklah Cik Raesya dan Cik Ray,sila ikut saya"arah Cik Marie."Baiklah ini adalah ruang bacaan"kata Cik Marie."Ini pula ruang penyimpanan alatan muzik"kata Cik Marie sambil membawa mereka mengelilingi bangunan tersebut.
Setelah itu,mereka dibenarkan pulang lebih awal kerana hari itu cuma merupakan orientasi mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience