Bab3{Surat Tawaran}

Fantasy Completed 6400

Selesai sahaja merendamkan badan di dalam kolam air panas,Raesya dengan segera menyalin pakaian baharu yang telah disediakan oleh dayang istana.

"Bonda...oh bonda..."kedengaran suara Raesya memanggil Permaisuri Miranda sambil mengetuk pintu biliknya beberapa kali.Permaisuri Miranda yang sedar akan hal itu dengan segera memulas tombol pintu biliknya,"Ya...kenapa anakanda memanggil bonda?"suara lembut itu sedikit sebanyak menghilangkan rasa ketidak puas di dalam hatinya."Bonda...boleh anakanda tanya bonda sesuatu?"tanya Raesya sambil mengikut bondanya dari belakang."Boleh...tanyalah apa yang nak ditanya tu"jawab Permaisuri Miranda sambil memberi isyarat kepada Raesya untuk duduk di sebelahnya.Raesya tanpa berfikir panjang terus duduk di atas sofa panjang yang berwarna keemasan itu.Sebaik melabuhkan punggungnya di atas sofa tersebut,Raesya dengan segera mengeluarkan sekeping surat yang diberikan Raysa sebentar tadi,"Bonda,betul ka bonda yang berikan surat ini kepada Raysa dan menyuruhnya untuk berikan kepada anakanda?".Permaisuri yang tadi menghirup teh kegemarannya terhenti,"Hmmm.....betul,adakah anakanda setuju untuk menyertai tawaran itu?".Raesya seketika memikirkan sesuatu,"Err...anakanda tak tahu lagi".Permaisuri Miranda sekali lagi terpaksa berhenti menghirup tehnya lalu meletakkannya di atas sebuah meja yang terletak di hadapan mereka."Beginilah....anakanda fikir dulu masak masak,setelah tahu baru beritahu bonda"jawab Permaisuri Miranda sambil mencium dahi anaknya.Raesya yang tadi diliputi rasa ragu kini berasa tenang."Baiklah bonda..."jawab Raesya ringkas.Raesya segera bangun lalu menyalam tangan bondanya,"Anakanda minta diri dulu ya bonda?"tanya Raesya."Baiklah"jawab Permaisuri Miranda ringkas."Assalamualaikum"kata Raesya."Wa'alaikumsalam"jawab Permaisuri Miranda sambil menggosok perlahan kandungannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience