BAB 3

Family Completed 1603

“Sign kat sini, cepat jangan buang masa. Jangan nak buat drama dan keruhkan keadaan.

“ tegas kata-kata papa. Sedikitpun tiada belas simpati padaku satu-satunya puteri tunggal mereka. Ku lihat kiri dan kanan, adik-beradik lelakiku hanya tunduk diam membatu tidak punya kuasa menghalang keputusan papa.

Perlahan-lahan aku capai pen ditangan papa bersama pandangan yang menuntut belas simpati namun keputusan papa bulaat. Sungguh sudah tertutup pintu kebebasan untukku.

Aku mengerti benar pandangan papa itu, sudah 25 tahun aku hidup sebumbung dengan papa dan mama. Mahu tidak mahu aku terpaksa menurut. Perlahan aku menurunkan tandatanganku di kertas putih. Kulihat senyuman papa melebar kepadaku, puas lah hati papa.

Pipiku dicium lembut oleh papa. Namun entah mengapa aku merasa benci dan jelak dengan senyuman bahagia mereka yang dibina atas kesedihanku. Tangisan amarahku bergenang.

“Kenapa Edora?” tanya mama. Mama masih bertanya kenapa sedangkan semua ini angkara mereka?

“Ra nak ke bilik air,” ujarku dengan pandangan yang penuh jelak dan bengang. Tetamu yang hadir hanya memerhatikan sja dengan 1001 pertanyaan. Lantak dan persentankan mereka.

“Sabarlah Ra, apakata kamu duduk tunggu sekejap,”arah Mak Long lembut. Eee geramnya. Aku duduk kembali. Namun tak sampai 10 minit aku bingkas bangun.

“Ra, biar mama temankan kamu,” ucap mama seakan tahu akan pelan aku.

“Tak perlu Ma, Ra dah ebsar tahulah Ra nak guna bilik air itu. Takkan nak ke bilik air pun nak kena ditemankan apatah lagi di rumah sendiri?”

“Takpe, biar mama temankan,” laju saja mama menarik tanganku.

“Cepat, mama tunggu di luar tau,” ujar mama menanti di luar bilikku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience