BAB 4

Family Completed 1603

Perlahan aku mengatur langkah ke bilik air. Agak-agak lima minit di dalam bilik air, aku beranikan diri menjenguk ke luar dan mendapati kelibat mama sudah tiada walhal tadi mama tak henti-henti memanggil namaku.

Lalu aku ambil peluang ini, aku siap sedia segala kelengkapan pakaianku, baju T, seluar jeans, cap baseball kegemaanku dan beg galas penuh dengan pakaian bekalan selama dua hari.

Aku berlari ke balkoni dan segera menggantungkan beg tadi ke tubuhku. Aku memahut batang paip yang terletak di sebelah bilikku dan turun ke bawah .

Nasib baik kedudukan bilikku yang menghadap ke belakang membuatkan aku sukar dilihat dan senang untuk aku meloloskan diri. Tiada sesiapa yang menyedari kehilanganku kerana semuanya tertumpu pada ruang tamu utama..

Aku segera membuka pintu kecil di belakang rumah. Vespa kesayangaku sudah tersedia menantiku ibarat kuda putih menanti sang puteri bebas lari dari istana.

Yahoo aku bebas! Denga pantas akuy menghidupkan enjin dan dari kejauhan sayup-sayup kedengaran beberapa suara memanggil namaku namun tidak ku endahkan. Ku pecut motor selaju yang ku mahu, ku lambaikan tangan tanda gembira dan puas. Selamat tinggal pada dunia yang penuh menyesakkan, Papa yang berkuasa veto dan mama yang tak punya belas.

Aku tidak mahu menjadi korbanmu. Biarlah aku sendiri yang mencorakkan masa depanku bukan siapa-siapa. Lokasi pertama ku adalah bank, aku perlu keluarkan duit sebanyak mungkin sebagai bekalan aku menghadapi dunia baru. Aku berjaya keluarkan RM5,000. Ya cukuplah buat sementara ini.

“Kak Ra,” sapa satu suara yang cukup ku kenali, ya itu adikku Zamil yang menelefonku. Ini adalah panggilan pertama yang ku jawab selepas lima hari aku berjaya meloloskan diri dari belenggu hidup ku yang hampir musnah. Aku lemah pada suara adikku yang satu ini.

“Hah kenapa ada apa?” soalku.

“Kak Ra, Papa..” jantungku berdegup kencang

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience