BAB 7

Family Completed 1603

Mata lelaki itu tajam menikam wajahku yang merah padam. Aku membalas pandangannya dengan pandangan tajam yang ku ingin dia tahu bahawa aku benci padanya.

Harus aku akui dia punya rupa paras menawan yang bisa menggoda jutaan wanita tapi bukan aku. Untuk apa rupanya, jika ia angsung tidak dapat ubati sakit dihatiku.

Ingin saja ku balun lelaki itu biar dia tahu tinggi rendah langit dan bumi ini memperisterikanku, biar dia menyesal. Namun segera aku terfikir, mungkin juga dia seperti ku, dikahwinkan secara paksa, tanpa rela.

“mulai hari ini, papa taknak kau berpakaian macam jantan dan tak terurus. Jaga maruah kita, kau itu satu-satunya anak perempuan keluarga ini. Dah, berambus dari muka aku dan naik ke atas,” arah papa, sebelum naik smepat ku berikan satu jelingan maut pada lelaki tadi.

“Papa ingat ya, dia bukan suami Ra, Papa yang paksa Ra, sampai mati pun Ra bukan isteri sesiapa, lebh baik papa bunuh saja Ra dari hidup dalam hipokrit dan munafik!” jeritku.

“Kau jangan nak tunjuk biadap kau Edora! Kau anak akau, aku yang bawa kau ke dunia dan aku ada hak mutlak pda hidup kau. Selama kau masih bernyawa kau kena ikut cakap aku, cakap apa kau nak, dia tetap suami kau, Tengku Ryan ini adlaah suami kau,”

“Teruskan bergembira atas penderitaan saya papa, jangan menyesal dengan apa yang papa dah buat. Rumahtangga ini takkan pernah bahagia,” jawabku lalu segera naik ke atas.

Papa tidak pernah menghormati aku sebagai anak juga hak aku sebagai manusia, aku benci dan akan simpan semua ini sebagai dendam! Papa masih bisa menyambung bicara dengan tengku Ryan manakala aku pula terbelenggu sebegini rupa.

Ini adalah rona kehidupan aku, meski tak indah dan tak cantik warnanya namun ini adalah hidup aku. Apa yang pasti, aku semakin berani dan jelas dengan apa yang aku inginkan dalam hidup aku. Tak mengapa, kali ini hari mereka, esok aku akan bangkit lebih kuat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience