BAB 6

Family Completed 1603

Namun mereka tetap menarik tanganku masuk ke bangle, begitu taat melaksanakan tugas papa sehingga ke ahirnya. Kulihat papa duduk selesa di sofa sambil membelek-belek majalah Malaysia Tatler. Cis, sihat walafiat rupanya orang tua ni, mama juga ada di sisi setia menemani sambil menghirup teh dan scones yang terhidang di atas meja. Di sebelah mama pula ada seorang lelaki yang tidak ku kenali.

“Perlu ke papa buat amcam ni? Apa semua ni papa” tanyaku. tanganku di lepaskan. Papa memandangku dengan pandangan bengis dna amrah. Mukanya merah padam.

Namun sayang, kini sedikit pun aku tidak gentar dengan pandangan itu. Aku bosan dan jemu. AKu kini bukan lagi anak perempuan papa yang ayu dan lembik menurut kata walau kebebasan ku sebagai manusia diperdagangkan. Aku sudah dilatih keras menjadi lelaki. AKu tahu papa marah. Perlahan-lahan papa menghampiriku.

PANGGGG!

Satu tamparan singgah di pipiku. Namun tiada sekelumit rasa takut bahkan tiada setitis airmata pun jatuh. Aku bagai tiada perasaan dan tubuku seakan sudah tidak ada nyawa untuk merasa sakit.

Ku lihat Airmata mama dan adik-adik mengalir deras. Entahalah kenapa, sama ada mereka simpati padaku atau mungkin takut juga mereka seperti papa, marah padaku. Ini bukanlah kali pertama papa menampar pipiku.

“Dasar anak tak guna. Tak sedar diuntung . Berani Kau conteng arang kat muka aku ya! Kau fikir kau siapa kalau bukan sebab aku?!”ujar papa. Lelaki yang tadi membelakangiku kini berdiri menghadapku. Wajah pemuda itu sedikitpun tidak menarik perhatianku.

“Dan kau juga tak sedaar bahawa perbuatan kau itu sudah memalukan keluarga suamimu.”ujar papa lagi.

“Maad, Ra tak pernah berkahwin dan bukan isteri siapa-siapapun,” jawabku.

“Edora, kau tu sudah jadi bini orang. Tolong jangan bersikap childish, ini suamimu,” ujar papa kasar, tangannya ditujal ke kepalaku lalu menunjuk ke arah lelaki yang ada di hadapanku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience