BAB 2

Family Completed 1603

AKu bertanya pada diri, mengapa mama menyokong kuat keputusan papa tanpa memikirkan perasaan ku sebagai anak perempuannya. Sungguh tidak adil kurasakan kerana aku masih belum bersedia menggalas tanggungjawab sebagai seorang isteri.

Hari ini adalah hari pernikahan dan dua hari kemudian akan berlangssung majlis resepsi kami di Marriot Putrajaya. Aku nekad akan melakukan pelan gila aku.

“Pihak pengantin perempuan, ni ha pengantin lelaki sudah sampai” ada suara yg menjerit dari luar.

Jam terus berdetik pantas dan aku semakin resah. Peluh jantan membasahi tubuhku. Dari tadi bidikan demi bidikan lensa kamera menyala mengenaku membuat aku pening dan rasa pitam.

Ikutkan hatiku yang penuh dendam dan amarah mahu saja ku teriak minta mereka berhenti dan hormat hak aku sebagai manusia.

“Mira Edora” aku tersentak. Segala lamunan dan pelanku hancur berderai. Ku lihat papa sudah bersiag siapa mengatur langkah membetulkan posisi di hadapan tok kadi beserta dengan pak long dan pak ngah yang pastinya menjadi saksi. Ayah sendiri akan menikahkan aku. Jelas no way out.

“Edora, papa datang untuk minta persetujuan kamu. Kalau kamu setuju tandatangan disini” ujar papa lembut, pelik, baru kali ini papa lembut. Wayang semata depan tetamu agaknya.

Lama aku pandang pen ditangan papa. Aku tak mahu. Jerit batinku meronta-ronta minta dilepaskan. Kupandang papa dengan wajah simpati tapi wajah papa tetap tenang namun pandangan matanya yang tajam ku mengerti. Tegas dengan pendiriannya.

“Edoraa” sedikit tegas dank eras suara papa memberi arahan agar aku menadatangai boring tersebut.

“papa..Please….”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience