BAB 1

Family Completed 1603

Siapa sangka dalam usiaku yang menginjak 25 tahun ini, maka tertulislah aku akan menunaikan tanggungjawab me jadi seorang isteri. Riuh rendah rumah ini dek menerima kunjungan tanpa henti saudara mara dan juga sahabat handai.

Namun dalam diriku ini sebenarnya berperang dengan perasaan. Bukan apa aku tidak tahu langsung gerangan suamiku ini bagaimana rupa parasnya selaind daripada aku cuma tahu dia adalah jutawan yang berpengenalankan nama Tengku Ryan. Sungguh aku tak tahu bagaimana rupa parasnya. Bleh jadi si tua Bangka yang kemnaruk nak berbini dua.

Kemeriahan diluar langsung tidak menghapuskan gejolah gundah di hatiku. Ikutkan hati mahu saja aku lari namun aku ini anaknya yang taat! Tidak mungkin aku memalit arang pada nama baik keluargaku.

Meski perkahwinan ini bukan atas relaku. Aku sendiri tidak tahu sejak bila mama dan papa mengatur pelan menjodohkan aku, yang aku tahu sampai sahaja aku di rumah selepas cuti semester, semua persiapan siap. Tinggal menanti untuk disandingkan sahaja.

Meski hidup di era millennium, mama dan papa masih konservatif apalagi melibatkan soal jodoh yang bagi emreka adalah hak mutlak ibu bapa mencorakkan masa depan anak mereka meskipun papa dan mama bergelar Tan Sri dan Puan Sri.

Aku tidak tahu menahu yang aku tahu, mama kerap mengugutku andai kata aku menolak maka segala kesenangan akan ditarik balik dan aku mungkin saja akan diusir oleh papa.

Puas aku merayu agar diebrikan waktu atau paling tidak berkenalan dengan calon bakal suami namun tidak diendahkan dengan alasan perkahwinan sudah diatur sejak dalam Rahim lagi. Amboi.

“Dah kenapa kamu monyong semacam je ni. Gembiralah, kan ini kan hari bahagia kamu” tegur Mak Long. Hari bahagia apa, bila ku rasa ini adalah hari hukuman gantung bagiku. Tanpa sedar aku sudah siap dirias cantik oleh mak andam. Kupandang baju kebaja rona krim yang sudah tersarung di tubuh. Cantik baju pilihan mama, renda perancis dengan perincian batu swarovski.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience