BAB 6

Romance Completed 4796

“Kau kenal Adel ke Zarif?” Khalif pandang muka Zarif dan Adel silih berganti. Zarif hanya angkat bahu.

“Aku agak jer dia ada gastrik” Dengan tanpa nada Zarif bersuara dan gelak. Cis! Ingat dia memang tahu! Muka Adel yang tadi dah mula berseri jadi masam semula. Zek dan Khalif hanya tergelak dan Zek dengan baik hati usap peha Adel yang berada dibawah meja. Nak suruh aku bersabar la tu!

Tiba-tiba Adel teringat lagu Harapan dari hyper act. Memang ar..

Harapan~

Harapan menjadi layu…

Memang layu pun!

*****

Sejak peristiwa dekat restaurant tu. Adel dah tak mesej Zarif. Malas nak berborak dengan Zarif. Padahal selama ni setiap hari mesti dia akan menganggu hidup Zarif. Kadang –kadang just hantar mesej selamat pagi, malam and petang jer pun. Tapi sekarang semua tu tak ada. Mesti Zarif happy gila Adel dah tak kacau dia.

‘Untung la Zarif happy aku tak kacau dia, aku ni? Terseksa kalau tak text dia satu hari! Wargh!!!’

Adel meraup kasar rambut dia yang panjang. Dah macam kak limah zombie kampung pisang dah gamaknya. Dengan bedak sejuk kat muka lagi siap pakai baju tidur gambar hello kitty lagi, rambut serabai. Kusut! Otak aku kusut!

“Hah! Stalk FB dia ar”

Dengan pantas Adel membuka laptop dan membuka wall Zarif Shafiq.

“eh? Ada kawan dia post kat wall dia!” Adel membaca komen dan post tu.

‘Woi! Zarif, untung ler ada girl dari DQ minat kau!’ hah? Ada perempuan dari Darul Quran minat dia? Siapa? komen kawan-kawan Zarif dibaca lagi.

‘wah! Betul ke Pa’an? Siapa?’ kawan Zarif yang lain pula komen.

‘Betul la, dah siap bertaaruf bagai. Sesi perkenalan la katakan’ Cis! Haritu jumpa aku tak cakap apa-apa pun. Macam tunggul kayu jer aku dengan dia. Zek dengan Khalif yang rancak berborak. Dengan perempuan ni siap berkenalan bagai. Jelous nya!!! Nak nangis! Sabar Adel… sabar. Baca lagi!

Komen yang lain pula dibaca Adel. ‘Untungla dah la sama pandai, cantik, hafiz dan hafizah lagi. Terbaiklah pilihan kau Zarif!’ wah! Yang ni aku tak sanggup baca! Kawan Zarif ni pun tak yah la puji perempuan tu lebih-lebih!.

Adel log out akaun fac dia. Ya Allah rasa macam ada bangunan runtuh kat atas kepala dia. Zarif! Aku suka kau la!.

Aku tahu la aku tak cantik. Tapi kawan aku kata aku comel apa. Kau tak nak ke kat aku?

Aku tahu la aku tak hafal quran. Tapi nanti kalau dah kahwin kita hafal sama-sama tak boleh ke?

Aku tahu la aku tak pakai tudung labuh. Tapi aku tutup aurat apa?

Wah! Sedihnya hati gue! Adel peluk bantal busuk dia. Nak nangis. Zek dah la tak ada. Pergi jalan-jalan dengan Khalif. Cis! Layan hati sengsorang la aku malam ni.

Biarkan aku berundur

Jika itu yang telah pun tertulis

Jalan ku tak panjang

Bersama dirimu

Jadikan dia terbaik

Kerana itu yang telah kau pilih

Biarkan diriku membawa semua

Luka

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience