BAB 10

Romance Completed 4796

Okey aku dah tahu… abang!

“Boleh cerita betul-betul tak! Sa..A.. Adel confuse la! Ab..abang kata tak reti main piano, tapi boleh jer main. Lepas tu macam mana Abang kenal Adel? Time jumpa kat restaurant tu macam tak kenal jer.” Adel bertanya melepaskan kekusutan dikepala. Pening-pening.

Zarif tersenyum. Abang-Adel. Comel jer dengar.

Zarif pun start la hikayat dia. Dia kata dia pun ada jugak teringin nak tahu siapa la wanita ‘unknown’ yang selalu kacau dia ni. Bila Adel dan dia dah friends kat fac, dia pun stalk jugak fac Adel. Tengok gambar, tempat lahir bagai. Cuba tak ada la seteruk Adel sampai komen orang pun dia nak baca. Adel yang dengar cerita Zarif senyum tak lekang. Wah! Romantiknya suami aku!

Zarif belajar main piano ni sejak Adel kata lelaki yang main piano ni smart. Disebabkan dia nak nampak smart di depan Adel. Dia sanggup suruh ayahnya aka Pak Cik Salim upah cikgu suruh ajar piano. Terkejut ayah dibuatnya, yela anak dia yang hafiz quran ni nak belajar benda lain pulak. Tapi bila Zarif bagi alasan nak main jer bapanya pun turutkan sahaja. Hahhaha. Lagi lebar senyum Adel dibuatnya.

Sebenarnya selalu jer Zarif nampak Adel. Jangan ingat Adel jer yang kenal Zarif. Jadi Time jumpa kat restaurant tu dia tak ada la terkejut sangat bila jumpa Adel. Adel jer terlebih emosi. Lelaki kan ego! Takkan ar nak tunjuk lemah dan terhegeh-hegeh depan perempuan kot! Tak macho ar.

Tapi, bila sampai dua bulan tanpa pesanan dan gangguan dari Adel, Zarif rasa lain pulak. Takut Adel dah jumpa orang yang betul-betul dia suka. Tu sebab ar cepat-cepat dia suruh Ayahnya pergi melamar terus kahwin. Hahaha. Bagus betul rancangan Zarif. Kepala otak memang genius.

“Hah! Siapa perempuan yang abang jumpa buat sesi taaruf tu?” Adel pandang Zarif tajam.

Sesi taaruf? Amalina?

“Amalina ke?”

“Mana la Adel tahu!” Adel menjawab geram. Tanya kita pulak dia ni.

“Ala, dia minat jer kat abang. Tapi abang kan suka Adel. So, jangan risau la” Zarif jawab selamba. Adel senyum lagi lebar!

“Dah, berhenti senyum, terkoyak pulak bibir awak kang”

“Suka hati ar! Bibir Adel!” orang nak senyum pun ada masalah ar pak cik ni.

“Abang nak menyanyi ni. Adel dengar tau.”

Adel mengangguk laju. Tak sangka orang yang hafiz macam dia ni boleh jadi macam ni. Ingatkan alim sepanjang masa. Muaahahah. Adel gelak jahat dalam hati.

Zarif mula bermain piano. Lagu Hero dari Enrique Iglesias.

“Let me be your hero…

would you dance, if I asked you to dance?

would you run, and never look back?

would you cry, if you saw me crying?

would you save my soul tonight?…”

Adel mengangguk setiap bait lirik lagu yang dinyanyikan Zarif.

Ya Allah! Terima Kasih! Aku kena buat pulut kuning ni!

“Macam mana kalau Adel tolak pinangan Abang? Adel bukan suka pun kat Abang” Adel bertanya penuh makna. Tiba-tiba terfikir. “Tak mungkin” Zarif jawab pendek sebelum sambung…

“Abang dengar cerita ada orang tu menangis beria bila tahu abang pergi taaruf dengan Amal” Zarif senyum makna pandang Adel yang terkulat-kulat kat sebelah dia.

Celaka betul dia ni kantoikan aku, koyak aku!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience