BAB 8

Romance Completed 4796

Tidak!!!!

Aku tak nak kahwin lagi. Menyesal aku balik. Aku ingat Papa sakit sampai mama telefon beria hari tu. Cis! Rupanya ada udang disebalik batu!.

“Adel! Balik tau minggu ni ASAP!” suara mama kedengaran macam cemas. Tapi dengar macam bahagia pun ada.

“Kenapa, ma? Orang ada projek la nak kena hantar.” Adel memberi alasan.

“Balik! Kalau tak, dah tak jumpa dah”

“Jumpa? Jumpa apa ma!” Adel cemas! Jumpa apa? Mama ni suka buat ayat suspen.

“Papa ada benda nak cakap buat kali terakhir. Permintaan terakhir dari papa” suara mama yang bersahaja membuatkan Adel bertambah cemas. Papa? Sakit ke?

“ye la”

Tapi!

Rupa-rupanya ada anak kawan papa yang melamar dia. Tak ada merisik! Tak ada tunang! Terus kahwin! Tidak!

Zarif.

Dah 2 bulan Adel langsung tak contact Zarif. Macam lost contact gitu. Nak harap Zarif contact dia? Memang akan dia buat pulut kuning kalau terjadi. TAK AKAN!

Nak kahwin dengan Zarif! Tapi..

Kata-kata Zek tentang “. Save’ur heart to someone who cares tentang kau je la.” Membuatkan dia kena jugak redha.

Papa kata ni jer yang dimintak kat aku. Kahwin dengan anak pak cik Salim. Lepas ni dia tak akan mintak apa-apa lagi kat aku. Papa ni saja buat aku serba salah.

Rupa-rupanya mama kata ‘dah tak jumpa dah’ tu Pak cik Salim dengan Mak Cik Anita. Alahai! Jumpa jer lagi nanti kalau dah kahwin. Apa da mama ni.

Aku ada tempoh dua bulan dari sekarang untuk aku kena kosongkan ruang hati aku untuk someone who deserve my heart.

My husband. Ngeee~ ngilu sebut.

Zek orang yang paling bahagia. Walaupun dia jelous Adel kahwin dulu dari dia.

*****

Oh no!

Nak kata aku bahagia ke tak ni ek?

Zek pun terpaku di sebelah Adel. Dia pun tak sangka benda ni akan terjadi.

“Yahooo!” Adel bersuara girang. Zek cuit lengan Adel. “Woi! Behave la!”

Orang ramai yang melihat ada yang tersengih, dan ada jugak yang terkejut. Siapa tak terkejut. Pengantin perempuan siap boleh bersorak pulak kat depan tuk kadi ni lepas nampak pengantin lelaki masuk.

Senget punya Adel.

Muka Adel memerah. Malunya.

Mahu tak teruja. Nampak Zarif pakai baju melayu sama warna dengan dia. Entah-entah dia bakal suami aku? Ngee! Setuju! Sahkan jer la!

Ooo ini rupanya anak Pak Cik Salim. Tu la kau Adel! Hari tu mama suruh jumpa tak nak! Beria konon nak jaga pandangan mata. Tak nak selalu teringat! Padahal dalam hati duk la sedih dan tak reda lagi Zarif tak kahwin dengan kau. Ceh! Buat penat jer sedih aku selama ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience