BAB 5

Romance Completed 4796

“Dia!” Adel berbisik kat telinga Zek. “ dia?” Zek tanya balik. Dia? Siapa dia?.

“Dia! Zarif!” Adel tarik baju yang dipakai Zek. Aduh minah ni. Dah gelabah dah.

“Hah? Kat mana?” Zek pun rasa tempias aura gelabah Adel. Adel tepuk dahi. Adoi! Sebelah khalif. Lebih tepat semeja dan mungkin kawan Khalif!

“Kawan khalif kot” Adel pandang mamat dua orang tu yang tengah rasa macam pelik je tengok Adel dan Zek tak gerak-gerak dari berdiri kat luar restaurant.

Khalif datang kearah Adel dan Zek. “Awak? Kenapa, ada masalah ke?” Khalif bertanya pada Zek.

“Hai, sorry lambat. Adel ni ha buat perangai.” Zek dengan muka tak bersalah menyalahkan Adel. Amboi minah ni.

Adel hanya tayang senggih paksa. Nampak sangat dia tak berapa suka datang kat situ. Dengan ada Zarif sekali bagai. Aduh! Malu ar nak jumpa mamat tu. Ye la, selama ni kan Adel yang selalu usha mamat tu. Mamat tu buat layan tak layan je. Musykil la macam mana Khalif boleh kawan dengan Zarif.

Adel dengan berat hati melangkah juga masuk ke dalam restaurant tu. Dia duduk disebelah Zek atau lebih tepat lagi dia duduk depan Zarif. Zarif hanya tayang sengih jer bila nampak Adel dan Zek melabuh punggung depan dia.

“Awak, ni kawan saya Zarif Shafiq. Weh Zarif ni tunang aku, Zakiah khalishah” Zarif dan Zek berbalas senyum sebab mana la boleh nak salam kan.

Khalif perkenalkan Adel pula pada Zarif “Yang ni pulak kawan Zek aka roommate dia sekali, Adila amani. Adel, kau tahukan nama dia.”

Dengan pantas Adel mengeleng. ‘Macam mana Khalif tahu aku dah kenal dia! Ni mesti Zek cerita ni!’ getus Adel dalam hati.

“La, tadi aku cakap dah kan nama dia Zarif. Kau tak dengar ke?”

Adel tepuk dahi. Aduh! Malu pulak aku. Dah la tertuduh Zek cerita tentang dia kat Khalif.

Adel pandang sekilas muka Zarif, Zarif senyum. Senyum? Kok ye pun tak suka kat aku tak payah ar sampai nama aku pun tak ingat. Tak terkejut ke jumpa aku? Cis! Aku sampai mengigil lutut jumpa dia. Dia senyum je. Heartless betul! Android! Sengal tahap infinity!

Mood Adel yang memang tak bagus sejak kena paksa teman Zek jadi bertambah tak bagus bila terjumpa Zarif tapi Zarif langsung tak terkejut jumpa dia. Dah ar ni first time diorang bertemu muka. Face to face. Sebab selama ni Adel terserempak jer kot. Aku rasa memang betul ar mamat tu memang lupa kat aku terus. Orang yang selama ni dia mesej pun dia tak tahu nama. Tong gas kosong betul!

‘Weh, kau tulis nama aku apa kat contact list kau?’ – satu hari dulu Adel pernah tanya kat Zarif melalui mesej.

Zarif reply ‘Aku letak nama ‘unknown’ kat kau’. Adel yang baca mesej tu terus rasa nak pitam. Aku dah bagi tahu dah nama aku kat dia. Dia tulis ‘unknown’ jer? Memang ar!

Lamunan Adel tentang mesej dia dan Zarif terhenti bila Zek tanya Adel nak makan apa. Adel hanya mengeleng.

“Aik, tadi kata beria lapar sebab tak makan lunch kan? Makan ar?” Zek pujuk Adel makan, macam pujuk anak dia sendiri untuk makan. Adel geleng lagi. “Dah makan dah petang tadi.” Adel jawab perlahan.

“Bila masa? Aku tak nampak pun” Zek cuba mengigat kembali peristiwa petang tadi. Rasanya tak ada pun.

“Baik kau makan, kaukan ada gastrik.” Zarif bersuara.

Lapan pasang mata memandang Zarif yang beriak muka bersahaja. Mata Adel, Zek dan Khalif tapi jadi lapan pasang sebab Khalif pakai cermin mata. Hahaha.

Adel terkaku. Dia nak tersenyum sebenarnya sebab Zarif tahu dia ada gastrik. Yeah! Tapi dia tahan jer mulut dia dari melahirkan senyuman.

Zek pun senyum jugak. Bukan setakat senyum tapi siap dicuit-cuitnya paha Adel yang berada dibawah meja. Cuma Khalif jer tayang muka pelik. Huh! Mamat nerd ni always loading ar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience