BAB 2

Romance Completed 4796

“Zarif reti main piano?” Zek angkat kening kat Adel.

Adel garu kepala. Haila. Mamat tu.

Zarif, orang yang istimewa bagi Adel. Tapi pelik sikit kisah diorang ni. Adel dan Zarif hanya berhubung melalui mesej dan tak pernah berjumpa. Zarif ni pulak jenis yang ‘Alim’ la jugak sebab dia lepasan Darul Quran. Sekarang sedang ambil ijazah diuniversiti yang sama dengan Adel dan Zek. Selalu jugak Adel terserempak dengan Zarif, tapi Zarif tak tahu pun muka Adel macam mana, ye la dia mana pernah nak selongkar Fac Adel nak tengok gambar Adel. Adel jer setiap hari duk tatap gambar mamat tu.

Adel yang start kacau hidup Zarif dulu sebenarnya. Adel dapat nombor telefon Zarif dari kawan sekolah menengah dia yang juga merangkap kawan Zarif. Hahaha. Rumit nak diceritakan disini. Sejak dapat nombor tu dari lepas spm lagi sampai la sekarang hampir 5 tahun diorang berhubung tapi hanya melalui mesej dan fac sahaja. Dan selama ni Adel je la yang tegur Zarif dulu. Hampeh punya lelaki! Heartless betul! Tak tahu ke kalau perempuan selalu kacau dia tu tanda perempuan tu minat! Okey! Zek mula emo!

“Tak, hari tu aku tanya dia kat mesej, macam ni aku tanya ‘kau reti main piano tak?’ dia pun reply la ‘tak, kenapa tanya?’ aku pun reply pulak la ‘ saja, macam smart je lelaki main piano. Aku suka ar tengok!’ kau tahu tak dia cakap apa kat aku?”

Zek angkat kening. “apa dia reply?”

“Dia reply…’memang ar smart, tapi aku tak suka ar main benda macam ni, serabut je kepala otak’ sedih aku weh! Hancus harapan aku nak tengok dia melamar aku sambil main piano!” Adel buat muka sedih.

Zek gelak. “Jauh gila kau fikir. Siap melamar bagai! Hahaha. Macam la dia suka kat kau!”

Adel ketap gigi tanda geram. Zek ni! Doakan lah dia suka aku! Apa punya kawan la.

“Kau ni! Mulut tu insurans sikit. aku tahu la selama ni aku perigi cari timba.”

“Alo lo bucuk-bucuk kawan aku ni. Merajuk ek? Tak pa nanti aku cakap kat dia yang kau suka dia. Siap bagi gambar kau lagi kat dia. Ha! Amacam? Gerenti! Dia jatuh hati, limpa dan hempedu tengok kau yang comel ni!”

“Tak payah nak mengatal nak bagi tahu dia! Siap kau kalau kantoi!” Adel bagi amaran keras walaupun muka tak berapa nak ganas sangat.

“Habis, macam mana dia nak tahu kalau kau tak bagi tahu dia kau suka dia?” Zek bertanya pelik. Suka? Tapi tak nak bagi tahu? Apa da!

“Love shouldn’t be secret, friend. Nanti kau jugak yang menyesal tengok dia suka orang lain. Kau tu aku tengok dah la jadi stalker berbahaya. Asyik stalk FB mamat tu je”

Adel cubit lengan Zek. Menjerit Zek dibuatnya. Sakit nyer…

“Bukan Stalker ek. Aku ni unpaid private investigator la!”

“private investigator la konon! Siapa yang upah kau?” Zek saja menyakat Adel. Kelakar tengok muka Adel yang dah memerah bila dituduh stalker. Tapi memang Adel stalker pun. Semua aktiviti mamat tu dia tahu. CGPA mamat tu pun dia tahu. Entah mana dia tahu pun tak tahu la Zek dibuatnya. Paling dasyat setiap komen-komen mamat tu dia baca. Siap buat Zarif tu sebagai close friend lagi kat fac, jadi semua aktiviti Zarif macam gambar, komen, add friend semua Adel tahu. Dasyat kawan dia ni.

“Mana ada orang upah! Dah nama pun aku ni Unpaid private investigator. Hahaha” Adel gelak. Zek pun gelak. Hai. Adel…Adel. Macam-macam la kau ni. “kau nak dengar aku menyanyi tak? sesuai sangat dengan diri kau sekarang ni”

Dahi Adel berkerut. Zek nak menyanyi? Wow! Selalu kalau suruh menyanyi dia mengelak. Kata suara tak sedap la apa la.

“Oooo…Ini kisah sedihku..

Aku mengharapkan sesuatu yang tak pasti..

Disaat kau di sisiku..

Hidupku terasa indah

Hidupku penuh warna warni seperti pelangi..

Ku akui ku rindukan mu,

Saat kau tiada di sisi

Hancur hatiku bila kau sudah berpunya… “ Zek rancak menyanyi lagu dari Jazz Hayat tajuk ‘I stalk your profile’. Ahahha…Adel tersengih sengih menghayati lirik lagu tu bertambah feeling dengar bila tengok Zek menyanyi dengan penuh perasaan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience